Tuesday 3 January 2012

SAKSI NAMPAK KETUA PENDEMO BERURUSAN DENGAN PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBELUM MERUSUH










Beberapa saksi nampak ketua yang melakukan demo tahun baru di UPSI telah dihubungi oleh beberapa pemimpin politik sebelum merusuh.

Mahasiswa UPSI kesal kerana beberapa pemimpin pembangkang telah memasukkan budaya 'kurang ajar' ke universiti dan menerap budaya politik yang biadap sehingga mengganggu kehidupan siswa yang sepatutnya memberi tumpuan terhadap pelajaran.

"Saya berani katakan majoriti penuntut Upsi tidak mahu kehidupan mereka diganggu. Mereka ada cita-cita untuk belajar hingga dapat genggam ijazah. Itu matlamat mereka," kata saksi.

Kata saksi lagi, apabila insiden seperti itu berlaku, sudah tentu ramai yang tertekan, terutama pelajar perempuan.

"Mereka tidak biasa dengan tindakan seperti ini. Mereka harus beri tumpuan pada pelajaran, apa lagi sekarang adalah minggu ulang kaji terakhir sebelum peperiksaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi 1 Januari lalu, kira-kira 100 pelajar dari pelbagai universiti di Lembah Klang, berhimpun di hadapan Upsi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) selain menggesa penarikan balik tindakan terhadap penuntut Upsi, Adam Adli Abdul Halim yang akan dihadapkan ke perbicaraan tata tertib universiti 9 Januari ini.

Perbicaraan itu adalah susulan tindakannya menurunkan bendera bergambar Perdana Menteri ketika menyertai perarakan sekumpulan mahasiswa menceroboh ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menempatkan ibu pejabat Umno 17 Disember lalu.

Mohd Shahar berkata, hanya dua orang penuntut Upsi sahaja terlibat termasuk Adam Adli dan seorang pelajar wanita yang telah dibuang dari universiti itu kerana menghadapi masalah disiplin yang kronik.

Katanya, perhimpunan tidak mendapat sambutan kerana kebanyakan yang hadir bukan penuntut Upsi tetapi orang luar dan penyokong Anwar Ibrahim.

“Pengacau berkenaan sebenarnya tidak menghormati suara majoriti (pelajar Upsi yang tidak sertai perhimpuan) dalam masa yang sama memanjat pagar menceroboh kawasan universiti.

“Yang saya hairan, kenapa mereka memecah cermin sebuah klinik di depan Upsi? Adakah mereka mahu menganggap kecederaan itu dilakukan pihak berkuasa? “Yang saya dapati laporan perubatan Hospital Slim River, Perak orang luar, iaitu Safwan Anang Talib cedera kerana serpihan kaca,” katanya.

Tindakan yang dilakukan polis dan pihak keselamatan Upsi mendapat sokongan padu daripada mahasiswa UPSI kerana menahan orang luar daripada menceroboh dan melakukan kekecohan di kawasan mereka belajar.



Sumber : Blog Pro BN..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive