Monday 26 March 2012

INGAT HASAN ALI!!!! JANGAN GHAIRAH BURUKKAN PAS- ABDUL FATAH HARUN!!!



KOTA BHARU - Dr Hasan Ali diingat tidak terlalu ghairah memburukkan nama Pas melalui siri jelajah yang diadakan di seluruh negara. Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Harun mengingatkan perkara tersebut. " memandangkan pihaknya turut mempunyai bukti terhadap beberapa kes yang menunjukkan Hasan tidak melaksanakan tugas dengan baik semasa mengangotai parti itu.


Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak mahu mendedahkan perkara tersebut memandangkan Hasan perupakan bekas ahli Pas sekali gus kesan dirasai oleh parti itu sendiri.


"Kita juga boleh sebut jika mahu, sepertimana yang didedahkan Azmin Ali tetapi kita tidak mahu memperbesarkan kerana ia dilakukan semasa dia menjadi ahli Pas, sedikit sebanyak kita akan terpalit," katanya.


Azmin berkata, Hasan menggunakan peruntukan untuk baik pulih perabut Exco membabitkan peruntukan RM300,000 sedangkan TS Khalid selaku MB tidak menggunakan satu sen untuk ubah perabut. Azmin juga mempersoalkan tindakan Hasan melaksanakan program Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) yang disifatkan membazir di mana program itu membabitkan perbelanjaan RM546,920 untuk satu majlis.


Fatah juga bekas Pengarah Strategi Pas Kelantan berkata, pihaknya tidak mahu mengambil berat dakwaan yang dibuat Hasan ketika siri jelajah di negeri ini kerana ia tidak menjejas imej Pas negeri mahupun peringkat pusat.


Komen PT..

Tak dedah apanya Fatah ? Azmin sudah mengadakan sidang media lagi...bermakna telah dedahkan salah gunakuasa Hasan Ali. Serangan keatas Hasan Ali berkaitan perbelanjaannya semasa Exco Kerajaan Negeri dalam Sidang DUN Selangor bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah ADUN Bebas Gombak Setia itu. Tetapi ianya adalah untuk mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan TS Khalid Ibrahim yang meluluskan peruntukan. Satu ciri yang wajib ada pada setiap pemimpin PKR iaitu putarbelit dan manipulasi fakta untuk menjatuh lawan politik tidak kira luaran atau dalaman. Tahniah Azmin. Fikr-fikirkanlah!!!

Sumber : Sinar Hiarian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive