Friday 8 June 2012

BIAR BETUL !!! SEKALI NI PROJEK AMBO BERES - HUSAM


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menafikan Kerajaan Kelantan mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Husam berkata, sepatutnya Umno malu setelah pelbagai tuduhan dilemparkan seolah-olah menunjukkan Kerajaan Negeri tidak mampu membina lebuh raya tersebut sehingga terdesak untuk mengambil duit daripada rakyat.

Bagi menepis dakwaan tersebut, Husam menjelaskan pihaknya mempunyai perancangan kewangan yang teliti bagi menyiapkan pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer (km) itu mengikut fasa tertentu. “Kita lancar derma Umno sindir kepada kita, mereka beranggapan Kerajaan Negeri tidak ada duit untuk menyiapkannya. Bukan kita mengutip duit daripada rakyat.

Sebenarnya kita memberi peluang kepada orang ramai dalam konteks wakaf, terpulang kepada mereka sendiri mahu derma atau tidak.

“Kita sendiri sudah atur pembiayaan kewangan yang baik, dan pada pakej pertama untuk pembinaan sepanjang 43 (km) dijangkakan memerlukan RM700 juta termasuk pengambilan tanah,” katanya sempena Taklimat Khas Pelancaran Isu-isu Pilihan Raya di sini, semalam.

Hadir sama pada taklimat yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan ialah Mursyidul Am Pas , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Penerangan Pas, Dr Fadhli Datuk Hassan. Husam tidak menyebut secara menyeluruh berhubung perancangan yang akan dilakukan memandangkan beliau bimbang menjejaskan usaha sama pihak terlibat dalam pembinaan lebuh raya tersebut.

“Saya difahamkan setakat ini salah satu syarikat yang terlebat ini telah menerima ugutan daripada pihak tertentu supaya tidak meneruskan pembinaannya dan dikatakan projek syarikat tersebut di Seremban akan ditarik balik sekiranya ingkar dengan amaran itu,” katanya.

Dalam pada itu, Husam berkata, tindakan 400 peserta yang menyerahkan memorandum dan peralatan di hadapan pejabat Menteri Besar kelmarin adalah usaha untuk menyindir Kerajaan Negeri untuk menyiapkan lebuh raya tersebut

“Mereka ingat kita tidak mampu untuk siapkan lebuh raya ini, mereka ini tidak faham, kita bukannya kutip duit rakyat, malah kita juga mempunyai pinjaman RM750 juta yang akan dijelaskan dalam tempoh 25 tahun,” katanya.

Selain itu, Husam berkata, 40 peratus sumber iaitu batu dan pasir adalah aset Kerajaan Negeri dan perkara itu tidak membimbangkan Kerajaan Negeri dalam mendapatkan peralatannya. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pahala dan pihaknya bersedia untuk menerima apa sahaja walaupun ia adalah sebutir batu. 


Dengar sajalah apa yang di janjikan oleh Husam ni....
pT
Nak buat highway? Husam Musa? Projek kambing jamnapari. Projek Kelantan Koridor Depu. Dinar emas Kelantan. Bazar Tok Guru. Skim takaful warga emas Kelantan. Projek2 di atas tu,apa dah jadi? Wahai rakyat Kelantan tolong celik la mata sikit dan jangan lagi di penuhi perut dengan sejuta janji dari Husam.  Belum buat,dah minta derma,dah buat,minta derma lagi.Kalau BN yang buat macam ni, mau kena maki. Tindas rakyat la,tanggungjawab kerajaan la...apa la.Fikir-fikirkanlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive