Saturday 30 June 2012

MEMANG BETUL !!! TUN M TEGUR MARINA



“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat"
“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti ” 

Berita MInsider........

Tun Dr Mahathir Mohamed mengingatkan anak beliau supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya yang menyokong kumpulan seperti Bersih dan hak seksualiti berikutan ia boleh memberi ancaman kepada ahli keluarga beliau yang masih aktif dalam bidang politik.

Datin Paduka Marina Mahathir telah menentang bapanya itu dalam beberapa insiden termasuk kumpulan menuntut pilihan raya adil dan bersih Beliau telah menyertai dua perhimpunan Bersih di ibu negara ini.

“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti ” - Dr Mahathir merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir yang kini merupakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Bekas perdana menteri itu berkata dalam temubual khas bersama online televisyen The Malaysian Observer MobTV.


“Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata.. jika tidak saya tidak akan kemana-mana”

“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini, mereka boleh fikir sendiri ”

Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak gadisnya itu namun tidak bersetuju dengan “penyertaan” beliau terhadap Bersih yang mana matlamatnya telah dipergunakan oleh pembangkang.

Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap komuniti lesbian gay transgender dan biseksual LBGT.

“Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu, tapi saya harap tidaklah. Dia ambil berat berkenaan mereka, namun perlu ada batasan antara mereka, idea homoseks itu baik atau kahwin sesama lelaki itu baik ”.

Sumber : HH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive