Tuesday 19 June 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! 'RATAH' GADIS BAWAH UMUR

AYER KEROH - Seorang pembantu kedai elektrik didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini semalam atas tuduhan merogol seorang remaja bawah umur.

Tertuduh, Mohd Nor Ridzuan Wahab, 25, didakwa merogol seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah inap desa di negeri ini, minggu lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan didakwa ke atasnya di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharuddin.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa merogol gadis berkenaan di dalam bilik sebuah inap desa di belakang sebuah rumah dekat Bukit Lintang, kira-kira 5.30 pagi, 10 Jun lalu.

Mohd Nor Ridzuan dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Selepas mendengar rayuan itu, Harmi Thamri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan sebutan semula kes untuk serahan dokumen pada laporan hospital pada 17 Julai depan. - sH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive