Thursday 30 August 2012

PEROGOL TERLEPAS LAGI DARI HUKUMAN KERANA UNDANG2 MANUSIA ???

Seorang lagi perogol terlepas dari hukuman merogol gadis dibawah umur.. Chuah Guan Jiu, 22 tahun telah dibebaskan dengan ikatan jamin RM25000 dan juga bon jaminan berkelakuan baik.. Hakim Mahkamah membebaskan tertuduh kerana pihak mahkamah mengambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual itu adalah persetujuan bersama dan dia masih muda dan juga ini kesalahan pertama.


Kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan. tetapi hanya dengan rayuan dan juga pihak mahkamah mengambil kira ini melibatkan masa depan tetuduh kerana masih muda maka tertuduh dibebaskan..

See?? betapa mudahnya undang-undang negara kita kan.. Senang sangat.. Baru lepas kes pemain boling kebangsaan tuh.. Tambah pulak yang ini.. Dulu kata pemain boling tu dibebaskan sebab mempunyai masa depan yang cerah untuk negara.. Kes yang ni pulak.. Just seorang juruelektrik je kot.. terlepas jugak?? Apa kes ni?? Apesal dok memikirkan masa depan si jantan-jantan je.. How about the other side?? Adil ke?? Serious rasa sangat marah dengan undang-undang kerajaan sekarang nih... 


Tak kira sama ada orang islam, cina, india, agama apa sekalipun.. Selagi diorang berteduh dinegara islam ini.. Sepatutnya diberi hukuman yang setimpal lah.. Bukan senang-senang je.. Dah macam buat surat rayuan kat pengetua sekolah pulak kan.. Pengetua sekolah pon tak de baik hati sangat nak bagi lepas anak-anak murid dia yang dah buat salah..

Ni apatah lagi kesalahan melibatkan maruah seseorang.. Honestly, menangis bila baca kes yang sama macam ni.. Terasa macam duduk dinegara yang tak aman.. Undang-undang yang lebih kepada duniawi.. Akhirat di anaktirikan.. Ya Allah.. Apa dah jadi sekrang nih.. Hukum mu diabaikan oleh pentadbiran kami.. Astaghfirullahalazim..

Kita? rakyat yang kecil ni?? hanya mampu melihat perogol-perogol tu berkeliaran.. Tidak mampu untuk bersuara.. Lepas ni, polis-polis semua dah tak payah susah-susah buat report megnenai rogol sebab kalau buat pon akan terlepas hukuman.. Nak macam tu?? Fikir-fikirkan lah korang.. Negara kita ni dah macam terpesong jauh sangat dari landasan islam..
Hanya mampu berdoa supaya diri ini, keluarga, sahabat dan juga umat-umat islam dijauhkan dari perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri sendiri dan juga keluarga.. 

Aminn.. - .sayeshukepink

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive