Thursday 27 September 2012

HINA NABI - GILIRAN MAJALAH SEPANYOL PULA TERBIT KARIKATUR WAJAH NABI



MADRID - Lebih seminggu selepas tindakan sebuah majalah Perancis, majalah satira Sepanyol pula menerbitkan karikatur menggambarkan wajah Nabi Muhammad SAW pada muka depan, langkah yang dijangka mencetuskan lagi kemarahan umat Islam.

Majalah Perancis, Charlie Hebdo menerbitkan karikaturnya selepas tercetusnya protes sedunia ekoran filem kemunculan filem Innocence of Muslims.

Edisi terbaru El Jueves muncul di pasaran semalam dengan karikatur muka depan menggambarkan beberapa Muslim berbaris dengan nombor tahanan polis masing-masing manakala kapsyennya pula menyebut "adakah sesiapa tahu rupa Nabi Muhammad."

Laporan Reuters menyebut isu terbaru ini turut mencetuskan debat di Barat mengenai soal tapisan kandungan dan kebebasan berucap.

Reuters menambah, majalah itu enggan mengulas motif karikatur itu.

Kedutaan Sepanyol semalam mengeluarkan nasihat kepada warganegaranya di Mesir agar berhati-hati jika tercetus protes dan tindak balas ekoran penerbitan karikatur itu.

Bagaimanapun ia tidak menyebut sama ada langkah keselamatan dipertingkatkan di negara-negara Arab yang lain.

"Kami masih menganalisis apakah langkah yang hendak diambil," kata sumber Kementerian Luar.


PT
Dunia sudah akhir zaman, dunia nak kiamat , menunggu kebangkitan umat Islam. Jadi tingkatkan keimanan dalam diri masing-masing. Sudah tiba masanya umat Islam bangkit melawan Yahudi. Adakah kita semua sanggup menjadi sebahagian dari umat Islam untuk melawan kejahatan Yahudi???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive