Wednesday 26 September 2012

MENANGANI ISU MENGHINA ISLAM DAN RASULULLAH


Terpanggil juga untuk meluahkan pendapat mengenai perkara ini. Memang patut kita umat Islam bangun membantah diatas kehinaan terhadap Rasullallah dan Islam. Kita dihidangkan dengan tunjuk perasaan membantah di sana sini seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga di Malaysia membantah dan tunjuk perasaan diadakan. Satu persoalan patut kita bertanya diri kita sendiri yang tahu jawapanya. 

Jangan kita pandang jauh diluar negeri akan kehinaan yang dilakukan. Tapi kita lihatlah sendiri dinegara sendiri, terlalu banyak tindak tanduk kita yang terang terang menghina Rasullallah dan Islam berlaku saban hari. 

Begitu juga dengan ingkarnya kaum hawa untuk mengikut perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran supaya menutup aurut ( bukan bertudung ). Begitu ramai yang masih tidak menutup aurat, sesetengahnya sudah pun bergelar Hajjah, masih togel lagi. Bukankah ini pun satu penghinaan terhadap Islam? Kenapa kita membisu dan buat pandang tak pandang aje?

Objektif mereka telah berjaya membuktikan bahawa Islam masih goyah iman. Tidak setenang baginda Rasullullah. Mereka memang merancang supaya orang Islam memberontak, merusuh dan terdapat kematian. Mereka sanggup berkorban imej untuk dicerca, asalkan Islam tidak tenang dan aman. Kita telah kalah bermaruah. Solat Hajat, Bermunajat, Muhasabah diri dan lihat sekeliling kita. 

Kenapa? Nabi Muhammad, kekasihNya, tetapi mengapa Allah membenarkan semua ini berlaku? Mesti ada yang tak kena dengan kita !! Dengan pelbagai keburukan dan alpa umat zaman ini, terlupa bersyukur dan ramai mendekati mungkar. Mereka dah teropong segala lompongan akhlak kala ini. 


Berdoa oleh setiap antara kita bersama perbetulkan yang salah dan silap. Moga kecelaruan dan penghinaan Islam beransur reda . Kita terus berdoa untuk muslimin dan muslimat seluruh dunia bukan hanya keluarga di depan mata. Jika semua memohon kepadaNya, insyaallah, Allah sayang kita, kalau kita sayang Allah sentiasa.
 
Adakah dengan cara kita 'memberontak' masalah ini dapat di atasi? Sesetengah pihak pula menyalahkan YouTube yang tidak sensitif kepada perasaan umat Islam, walhal youtube tentu gembira kerana ranking carian mereka mendadak dengan cepatnya.

Perkara pokok yang mesti diterapkan dalam generasi kita serta anak2 kita adalah - dalam apa jua situasi - AKHLAK kita hendaklah sentiasa dijaga dalam menangani isu dan cabaran - kerana dengan akhlak yang baik - yang kusut akan terurai; masalah juga cepat selesai. Cabaran tidak dapat di atasi dengan emosi yang tidak stabil.

Terlalu banyak lagi perkara perkara yang kita sendiri menghina Rasullallah dan Islam tapi kita buat lewa sahaja tak ambil kisah langsung. Satu persoalan ingin saya bertanya? Cukupkah dengan tunjuk perasaan membantah ini sebangai pengukur betapa kita mencintai Rasullallah? 

Sebulan kita perpuasa di bulan Ramadan, masjid penuh dengan jemaah beribadat tetapi selepas menjelangnya Syawal, kebanyakan jemaah sudah hilang entah kemana. Tidakah kita perasan yang kita sudah meninggalkan sunnah Rasullallah iaitu berjemaah di masjid? Tidakah ini juga merupakan penghinaan terhadap Islam?

Apabila pakatan menghimpunkan masyarakat untuk demo dan memaki hamun kerajaan, tak ada pula keluar hadith2 yang berkaitan.Walaupun ia secara jelas melanggar undang2 dan hukum dalam bab mentaati pemerintah. Yang paling sedih bila gerakan di ketuai oleh mereka yang jelas anti Islam dengan membela wanita murtad dan menyokong LGBT. Tapi bila pemuda umno buat, semua jadi tak boleh, walaupun ia sebagai manifestasi untuk menyatakan banatahan terhadap penghinaan dan menunjukkan kecintaan kepada Nabi Muhammad saw..

Jelas ia double standard dan mahu menunjukkan hanya satu kelompok yang benar demi matlamat n perjuangan politik mereka.

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!


1 comment:

  1. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive