Thursday 27 September 2012

SANGAT PEMURAH BAJET 2013 !!!




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan bajet yang menyenangkan pengundi dengan meletakkan keutamaan memenangi pilihan raya daripada menyentuh hutang negara yang makin membebankan.

Menurut pakar ekonomi, Najib mungkin menangguhkan pembaharuan - untuk meluaskan asas cukai dan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber minyak - ketika mengumumkan langkah membantu keluarga miskin yang bergelut untuk menyara hidup.


NONEPendapatan kukuh pada 2012 membolehkan kerajaan bersikap pemurah dalam bajet tahun depan tanpa membimbangkan pasaran kewangan, laporReuters.

Bagaimanapun, lapor agensi berita antarabangsa itu lagi, tanda-tanda kemerosotan fiskal akan menambah kebimbangan pelabur ekoran kemerosotan yang konsisten dalam kewangan Malaysia.

Fitch Ratings pada Ogos lalu berkata, kewangan awam Malaysia lemah berbanding kedudukan negara lain sebarisnya dan setanding dengan negara yang mempunyai hutang tinggi seperti Itali dan Israel.

"Jelas sekali ia akan menjadi bajet pilihan raya. Ia akan bersifat pemurah," Irvin Seah, pakar ekonomi di Bank DBS Singapura, dipetik sebagai berkata.

"Pada tahap ini, keperluan pada sokongan politik akan menjadi keutamaan berbanding pertimbangan ekonomi."


Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/209985

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive