Wednesday 13 February 2013

[VIDEO] SURAU PAS KOTOR ! ISLAM TAK AJAR KITA JADI PENGOTOR !!!

Siapa yang patut dipersalahkan ? Adakah pengguna atau para penjual di Pasar Melor ? Juga sesiapa saja yang pernah menggunakan surau berhampiran Pasar Melor ini bertanggungjawab ? Untuk mencari siapa yang bersalah amat susah kerana seorang pun tak akan mengaku mereka yang merosakkan serta mengotorkan surau ini.

Kita lihat pula siapakah yang menjadi ADUN  di kawasan Melor ini. Tak lain tak  bukan ialah YB Wan Ismail Wan Jusoh adun Pas yang penuh dengan kontraversi mengenai isu tuntutan nafkah bekas isterinya warga Kemboja. Tak perlulah ulang cerita sensasi beliau dengan kisah penceraian dan pernikahan beliau dengan janda yang bekerja di sebuah bank di Kota Bharu.

Apa yang kita perlu ungkitkan di sini ialah mengapa sampai begitu kotor dan amat menjijikkan sekali keadaan serta membiarkan surau ini tanpa selenggara oleh pihak Majlis Daerah Ketereh  (MDK)? Apakah  pihak MDK tak buat kerja atau sengaja memejamkan mata dan menutup hidung mereka bila di maklumkan oleh pengguna surau ini ? Pelik kan surau yang secantik ini boleh pula dibiarkan kotor penuh dengan najis serta sampah sarap yang bertaburan. Inikah hadiah dari seorang YB Pas yang terhebat sehingga melupakan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat ???

Persoalan ini perlu dijawab oleh Pas bagi membuktikan Pas memperjuangkan kebajikan rakyat. Namun kebajikan untuk rakyat ternyata Pashanya pandai cakap tapi menunaikan langsung tiada dalam kepala hotak YB mereka. Sesungguhnya segala pembangunan yang ada di negeri Kelantan pada hari ini adalah sebenarnya projek pembangunan yang dijalankan oleh UMNO. Nak jaga sebuah surau pun tak boleh tak tahulah nak kata apa lagi. 

Semakin ramai  rakyat Kelantan telah sedar tentang Pas yang tidak mempunyai wawasan untuk mereka. Ini kerana Pas dan pemimpinnya hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua yang sentiasa dipenjara akibat kebodohannya. - Terimah Kasih KJMM

GELOMBE MEROH ! BN MERENTOH ! KELATE BERUBOH !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive