Friday 5 April 2013

#GE13 : Jui Meng Disisihkan Raja Goyang Di Gelang Patah !!! #Vote4BN #tolakPR

PETALING JAYA – Selepas dua minggu Datuk Chua Jui Meng ‘menghilangkan’ diri apabila terlepas peluang bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu akhirnya tampil dan menyuarakan minat untuk tetap bertanding pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun bekas Naib Presiden MCA itu berkata sehingga kini belum ada kerusi yang ditawarkan untuknya. Sambil mengakui menyedari bahawa kesemua 11 kerusi PKR di Johor sudah mempunyai calon, Chua bagaimanapun akur dengan keputusan parti.
“Parti arahkan supaya saya tinggalkan ‘rumah’ saya di Gelang Patah kerana kata mereka saya disediakan sebuah ‘rumah’ baru.
“Tapi sehingga kini masih belum ada mana-mana pintu dibuka kepada saya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.
Menyifatkan kawasan Parlimen Gelang Patah sebagai ‘rumah yang didiaminya’ sejak setahun yang lalu, Chua turut mengakui bahawa penyokongnya di kawasan berkenaan kecewa dengan keputusan tertinggi parti menyerahkan kerusi yang dilobinya itu kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.
“Sekarang saya sudah tiada ‘rumah’, dulu ‘rumah’ saya di Gelang Patah. Sejak sambutan Tahun Baru Cina lalu, saya sudah menemui hampir kesemua pengundi di Gelang Patah.
“Tapi baru-baru ini parti arahkan saya supaya tinggalkan ‘rumah’ saya itu,” katanya.Chua bagaimanapun menegaskan beliau akan tetap membantu DAP dan PAS pada PRU akan datang.

Bukti Dap lebih berkuasa menentukan calon dalam Pakatan.....

Ramai pemimpin kanan PKR Johor termasuk pengerusinya, Datuk Chua Jui Meng, tersisih menjadi calon parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Keadaan itu berlaku apabila pucuk kepemimpinan PKR Pusat cenderung menghantar calon payung terjun bertanding bagi kerusi Parlimen di negeri ini.

Jui Meng yang terlepas peluang bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana PKR memberi laluan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, terus tersisih apabila juga tidak dinamakan sebagai calon bertanding di Parlimen Tebrau.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive