Saturday 27 July 2013

#N01KualaBesut!!! SPR Tetap Bersalah - PAS

Pas akur dengan kekalahannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan mengakui jentera BN lebih baik dan berjaya mengemukakan tawaran yang tidak mampu ditolak rakyat.


Yang Dipertua Pas Kawasan, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, ini membantu kemenangan BN berbanding agenda Terengganu 16:16 yang dibawa oleh parti itu untuk mencipta sejarah.

Beliau percaya rakyat di kawasan berkenaan yang dahagakan pembangunan memilih BN setelah pelbagai projek dijanjikan akan dilaksana di kawasan itu jika BN menang.

Beliau bagaimanapun turut mengaitkan kekalahan itu dengan mendakwa kononnya berpunca daripada konspirasi BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat telah membuat perancangan awal sehingga membolehkan BN mempertahankan kerusi itu.

"Kita sudah jangka dari awal apabila SPR umum tarikh mengundi jatuh hari biasa dan itu menyebabkan pengundi tidak dapat pulang, sekali gus kita kurang mendapat undi pada kali ini. Hanya 40 hingga 50 peratus sahaja undi daripada pengundi luar diperoleh.

"Kita akui memang tidak dapat tawarkan apa yang BN beri, jadi kita harap selepas ini wakil rakyat BN dapat laksanakan janji kerajaan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Markas Pilihan Raya Pas di Kampung Baharu dekat sini malam semalam.

Pada sidang akhbar tersebut, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Husam Musa tidak kelihatan termasuk Timbalannya, Satipul Bahri Mamat.

Pada PRK DUN Kuala Besut yang berlangsung semalam, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang selepas mendapat 8,288 undi berbanding calon Pas, Endot@Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.

Thursday 25 July 2013

#KualaBesut - Pas Kalah Che Long Hilang


BESUT: Calon PAS, Endut @ Azlan Yusof serta penyokong parti itu tidak hadir di tempat penjumlahan undi di Dewan Majlis Daerah Besut.

Kelibat Azlan yang dikenali sebagai 'Che Long' tidak kelihatan ketika pegawai pengurus pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menjemput calon Barisan Nasional (BN) dan PAS naik ke pentas sebelum keputusan rasmi diumumkan.

PRK Kuala Besut menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menang dengan majoriti 2,592 undi.

Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi.

BN berjaya menambah majoriti sebanyak 158 undi.

Secara keseluruhan Azlan hanya menang di lima saluran daripada 37 saluran dalam kawasan DUN Kuala Besut.

Lima saluran tersebut ialah satu saluran di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka, serta masing-masing dua saluran di pusat mengundi Kampung Baru dan Bukit Puteri.


PT
Orang Pas kata, kita tak kalah cuma Allah tak bagi kita menang lagi di Kuala Besut, mungkin pada pada PRU14 nanti seluruh Terengganu akan jadi milik Pas. 
Kah! Kah!Kah!

#KualaBesut - Bogel Keliling Besut Raikan Kekalahan PAS


Gambar di bawah ialah gadis yang bakal berbogel itu dakwa beliau sendiri dalam kenyataannya di laman facebook bersabit dengan Pilihan raya kecil di kuala besut.






Damia izara pemilik facebook yang berjanji akan berbogel kepada mereka yang membaca status gadis itu.Anda ada terbaca? Untung untung sekiranya anda sebahagian dari pembaca status Damia izara.

Kecaman hebat dari orang ramai namun tidak diendahkan oleh gadis tersebut di komen di facebook nya.Tidak endah sebabnya terlalu yakin.Gadis ini juga adalah seorang penyokong PR yang telah sedia terdidik dengan keyakinan persepsi yang digembar gembur oleh media mereka.Sekarang apa lagi buktikan



PT

Penat otak dengan puak2 Pee Arr..yakin sangat Pas akan menang...kepada Damia Izara apa lagi...selesaikanlah dulu apa yang telah dijanjikan... - Sumber

Wednesday 24 July 2013

Terkini!!! Penjawat Awam Hanya Dapat Saguhati RM500 & RM250 Untuk Raya....


PM pada petang tadi mengumunkan saguhati raya RM500 serta RM250 untuk penjawat awam, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.


Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013

Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :

Kakitangan Awam : RM500
Pesara Kerajaan : RM250
Pengumuman Bonus Raya 2013

Tarikh : 24 Julai  2013
Hari : Rabu
Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)

Dimaklumkan  ada pengumuman rasmi pada petang tadi, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam dan dibayar pada 31 Julai nanti.

PT
Ok la walaupun sedikit..mungkin itu saja rezeki penjawat awam untuk membuat persediaan raya nanti.

TERKINI!!! Keputusan #N01KualaBesut Memihak Kepada BN???




Menurut statistik SPR setakat ini, seramai 12,919 pengundi atau 78.14 peratus sudah keluar mengundi. Jumlah keseluruhan, termasuk undi awal sebanyak 911, menjadikan seramai 13,830 orang (79.24 peratus) keluar mengundi.

Paling menarik apabila  dua PDM yang kalah pada PRU ke 13 berjaya ditawan oleh BN. Iaitu PDM Kampung Nangka dan PDM Bukit Puteri.

Keputusan tak rasmi, pengundi putih mendahului 60% disemua peti undi.

Keputusan tidak rasmi PRK N.01 Kuala Besut - PDM Pulau Perhentian yg memberikan majoriti 275 kpd BN menunjukkan peningkatan undi majoriti BN berbanding dgn PRU13 lalu. Tahniah Tengku Zaihan, semuga niat untuk bantu rakyat dipermudahkan. Majoriti 3,000 mungkin boleh dicapai In Sha Allah

Untuk makluman calon PRU13 anak jati Pulau Perhentian, Tengku Zaihan bukan anak jati Pulau Perhentian, belia anak jati Kg Nail.

Ikut Saluran
Saluran 1
BN - 222
PAS - 93
Undi Rosak - 3
Jumlah - 318

Saluran 2
BN - 232
PAS - 86
Undi Rosak - 1
Jumlah - 319

Keseluruhan Undi
BN - 454
PAS - 179
Undi Rosak - 4
Jumlah - 633


Majoriti BN = 275 Itu bermakna BN menang di Kuala Besut, namun kita tunggu update seterusnya nanti. - Sumber

Terkini 8:38pm

Keputusan awal

BN 8293
PAS 6639
ROSAK 97

MAJORITI 2601

% KELUAR MENGUNDI 79%

#N01KualaBesut-Hebat!!! Ceramah Terakhir Khalid Samad Di Depan 10, 000 Penyokong PAS

Tak ada apa yang boleh di katakan lagi, ceramah Khalid Gerejas sebentar tadi  di Markas Pas Kg Baru Kuala Besut memang superb, di anggarkan kira-kira hampir 10 ribu yang hadir.

Maknanya BN akan kalah teruk di tangan Pas, nampaknya bersorak sakanlah para penyokong pee arr.

Pt tinggalkan ceramah Khalid Gerejas kerana terpaksa bergegas kelokasi lain.
Apapun kepada penyokong seluruh rakyat Kuala Besut buatlah pilihan yang terbaik demi generasi yang mendatang.

Jangan biarkan kita dibutakan mata dan hati oleh manusia yang memutarbelitkan Al-Quran demi kuasa.Jadikan PRK masa terbaik untuk memilih calon BN bagi mengemudi Kuala Besut menjadi destinasi yang serba miden dan maju.

Lihat foto berpuluh ribu penyokong Pee Arr menyerbu ceramah terakhir Khalid Gerejas sebelum hari pengundian esok.

Sunday 21 July 2013

#N01KualaBesut-Tengku Zaihan Lebih Layak Untuk Kuala Besut


BN kali ini membuat pilihan tepat dengan memilih Tengku Zaihan untuk calon BN PRK Kuala Besut..

Rata-rata sekarang pengundi Kuala Besut bercakap mengenai calon BN yang senang untuk bertemu muka dan merupakan orang muda yang mempunyai potensi untuk terus mengemudi Kuala Besut kearah yang lebih maju.

Rakyat perlu menilai dengan jujur dan jangan lupakan apa yang PAS telah lakukan semasa mereka menang pada 1999.Kepada penduduk Kuala Besut berfikirlah dengan waras siapa yang akan memberi kemakmuran kepada generasi akan datang atau sebaliknya.

Apapun kita sama-sama lihat dan dengar apa kata makcik yang sempat ditemuramah oleh UMBNEWS mengenai calon BN Tengku Zaihan. Jangan kita dibutakan mata dan hati oleh PAS untuk mengambil kembali kuasa memerintah Terengganu yang diperiolehi oleh BN pada PRU13 yang lalu.

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah....

#N01KualaBesut - Hebat Lebai Pas Kutip Derma Guna Motor Besar

Ini adalah hakikat perjuangan PAS masa kini. Jika dahulu orang PAS masuk kampung hanya dengan basikal dan berpakaian seperti orang kampung untuk meraih undi.


Kini untuk orang Pas memiliki motor besar atau superbike yang harganya mencecah puluhan ribu ringgit sudah menjadi satu bentuk kebanggaan pada mereka.

Memang benar perjuangan PAS telah lari dari perjuangan asal. Itulah dulu mengata pada UMNO tapi hari ini benda yang sama terpalit dengan PAS...

Tapi kali ini di Kuala Besut, beberapa orang pemimpin PAS Pusat dengan senyum lebar tayang motor besar mereka.

Inilah keadilannya dalam PAS. Kalau orang bawahan buat tak boleh. Orang bawahan tak boleh memiliki lebih dari orang atasan. Yang atasan je boleh nikmati kemewahan.

Orang bawahan dipaksa jadi 'Marhaen'. Orang bawahan dipaksa jadi 'Zuhud'. Tapi orang atasan tak perlu. Orang atasan boleh bermewah - mewah sesuka hati mereka.

Sebelum ini saya hanya saksikan Pameran Kemewahan ini melalui gambar atau video ketika konvoi superbike ini mengiringi pemimpin2 muda Pas.

Semalam sewaktu pengacara satu program ceramah Pas di Prk Kuala Besut mengumumkan yang keesokan harinya akan diadakan pertunjukan motor besar diketuai oleh seorang pemimpin muda Pas, saya dapat rasakan dari nada suaranya satu bentuk kebanggaan dan/atau kepuasan.....

Begitu juga sewaktu berlangsungnya pameran kemewahan itu siang tadi.... entahlah, mungkin persepsi saya terhadap orang Pas kini harus diubah.

Mempamerkan kemewahan kini sudah menjadi satu trend yang harus dibanggakan oleh orang Pas.

Hmmmmmm .... tapi saya tak nampak pula unit amal Pas pergi bawa sumpituntuk kutip derma dari para penunggang motor besar tadi ....... mereka pastinya LEBIH KAYA dan LEBIH MAMPU untuk menderma dari hadirin yang rata2nya orang kebanyakan yang hanya cukup2 makan saja. - DinTurtle

#N01KualaBesut - GEMPAR!!! [VIDEO] Airmata Sepupu Che Long Terjawab


Kenapa dan mengapa keluarga Che Long tidak bersetuju Che Long menjadi calon Pas di DUN N01 Kuala Besut? Semuanya terjawab di dalam video di bawah....
Sepupu Che Long, Wan Mohd Sulaiman Idris menceritakan bagaimana mulanya Che Long yang dari asalnya susah hingga menjadi kaya dan kemudiannya lupa pada jasa siapa yang membawanya hingga jadi begitu. 

Bayangkan dari seorang yang susah diberi modal untuk buka "Kedai Kayu" kemudian ikut PAS Terengganu dapat hasil balak dan kaya kemudiannya. Wan Mohd Sulaiman juga menceritakan bagaimana Mok Teh (Ibu Che Long) yang selama ini dibantu oleh UMNO dan ketika itu kemana PAS yang dicanang pembela Islam No 1 di Dunia? 

Kenapa Che Long sanggup dipergunakan oleh Pas? - SGB

[VIDEO] #prkKualaBesut-Ribuan Tonton Konsert Dangdut Di Ceramah Pas


Jika dulu kita lihat PAS akan mengisi setiap ruang yang ada untuk berceramah tentang politik atau agama tetapi kini sudah ada perbezaan disitu. Kini PAS menganjurkan konsert serta cabutan bertuah untuk menarik perhatian agar orang ramai atau pengikut mereka mengikuti pilihanraya kecil. Lihat video di bawah.

Segala-segala sudah berubah secara dasarnya..jika dulu mereka mengatakan bahawa konsert atau nyanyian atau apa sahaja yang berbentuk hiburan adalah haram kerana boleh melalaikan..tapi kini PAS melakukan perkara perkara tersebut.
Pasti anda masih ingat bagaimana mereka pernah mengatakan bahawa himpunan belia di Putrajaya sebagai satu bentuk program yang melalaikan belia..tapi kini PAS melakukannya di Kuala Besut.

Sudah tiada ceramah agama atau tazkirah sempena bulan Ramadhan tetapi ianya digantikan dengan nyanyian daripada penyanyi dangdut yang kononnya sudah kembali ke pangkal jalan.

Tapi setakat mana Iwan ini sudah insaf? Adakah hanya dengan menyertai PAS maka beliau diangkat sebagai pejuang agama? Tepuk dada tanya iman..kemana hala tuju PAS kini untuk membela agama Islam yang diwar-warkan selama ini.

PT
Demi untuk mempastikan kemenangan dan merealisasikan impian berpihak kepada mereka, Pas sanggup melakukan apa saja dengan menghalalkan cara.Hukum agama dipinggirkan demi sebuah kuasa.


Saturday 20 July 2013

#PRKKualaBesut [VIDEO] Siapa 'Taki' Berani Pertikai Titah Sultan Terengganu???

Takiyuddin cuba menjadi batu api dengan memainkan sentimen daerah, kononnya kerajaan negeri BN menganaktirikan rakyat Besut melalui perlantikan Menteri Besar.

Beliau cuba menabur fitnah yang Idris Jusoh sengaja dipinggirkan dari terus menjadi MB selepas kemenangan BN PRU12 kerana beliau anak Besut .... tapi sedarkah Takiyudin yang hak untuk melantik MB adalah dibawah bidang kuasa Sultan Terengganu ?

Dari percakapan beliau, nyata Takiyuddin SEDAR yang Sultan yang berkuasa melantik siapa yang baginda berkenan untuk menjadi MB. Namun beliau tetap membangkitkan pemilihan MB itu sebagai satu isu menganaktirikan warga Besut.....tidakkah itu seperti mendakwa Sultan sebagai pilih kasih terhadap rakyat jelatanya ?

Siapakah Takiyuddin sehingga begitu lantang mempertikaikan perlantikan MB Terengganu oleh Sultan???

Gedebe sangatkah Takiyuddin sehingga sanggup menabur fitnah BN menganaktirikan Dun Kuala Besut???

Apapun kita lihat dan dengar video di Blog Din Turtle.....

Sumber

#N01KualaBesut - Husam Mahu Rampas Kuala Besut Dari Pas Terengganu? ??


Pas Kelantan makin menjadi-jadi semenjak Husam Musa merampas Pengarah kempen pilihanraya Kuala Besut daripada PAS Terengganu. Tetapi dari satu sudut yang lain, nampak macam PAS Kelantan nak ‘menjajah’ Kuala Besut pulak.

Malah pada satu ketika, Kempen PAS nampak berlebih-lebihan pulak ‘kekelantanannya’ itu sampai ke satu tahap poster Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub ditabur begitu sahaja di bazar-bazar Ramadhan dan Pasar Tani

Mungkin itulah sebabnya kenapa PAS Terengganu bengang dan Marah dengan Jentera Husam Musa yang tidak langsung menghormati Rakyat Negeri Terengganu dengan membawa unsur yang menyakiti hati orang Terengganu keseluruhannya.

Adakah ada cubaan untuk mengembalikan semula pemilikan Besut kepada Kelantan? Calon PAS juga di lihat memilih Husam Musa daripada bersama PAS Terengganu, cara kempen mereka yang menyakitkan hati penduduk Kuala Besut dengan terpekik terlolong di Pasar Tani dan Bazaar Ramadhan dengan menabur fitnah, caci makin dan hamun menyebabkan rakyat begitu marah dengan kumpulan-kumpalan yang tidak menghormati bulan ramadhan ini.

Mungkin Husam Musa juga lupa bahawa mereka menagih undi ditempat yang mana beliau telah mengabaikan ketika PRU yang lepas sehingga semua jentera PAS di Kuala Besut termasuk Che Long beliau angkut ke Putrajaya untuk membantu kempen beliau bagi PRU 13 yang lepas, dan Napisah terkontang kanting dibiarkan.

Apabila PRK Kuala Besut pula Husam Musa terhegeh-hegeh meletakkan Che Long sebagai Calon di Kuala Besut kerana kepentingan peribadi beliau untuk mendapat popoluriti che long bagi projek-projek Kerajaan negeri Kelantan dan mengemis duit dari rakyat untuk kempen PRK Kuala Besut dengan menadah duit tabung sepanjang ceramah dan program yang mereka anjurkan.

Permainan Husam Musa dan Che Long ini amat teruk jika mereka menang, kerana che long yang lebih meminati perniagaan daripada menjadikan wakil rakyat akan sentiasa bersama Husam Masa sepanjang masa bagi mengejar projek-projek daripada menjaga kebajikan rakyat Kuala Besut.- Sumber

Ostazah Abbiey Perkenalkan Suami Muda Di Ceramah Pas

Hebat weh Ostazah Abbiey PAS ni ...selepas tayang gambar Tok Lakinya di Instagram , terus heret ke Kuala Besut bagi membantu kempen parti menentang BN . Difahamkan tok laki baru Ostazah Abbiey ini adalah pencacai tegar PAS juga ...maknanya satu geng la .

Melopong juga la Ostak & Pak lebai Pas  yang sudah berbini bagi menambah kuota lagi . Melepas la. Mungkin prinsip tak mahu merampas laki orang jadi pilihannya adalah lelaki muda hensem dan bergaya.. nak lawan dengan bekas tok lakinya dahulu Norman yang dapat bini muda ?? 

Desas-desus mengatakan pelakon dan penyanyi Abbiey sudah berkahwin lagi akhirnya terjawab apabila dia sendiri mendedahkan gambar suami barunya itu di laman sosial Instagramnya hari ini.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 35, dia mengaku telah pun bernikah dengan pasangannya itu, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 11 tahun lebih muda daripadanya 12 hari yang lalu.

“Memang betul saya telah pun berkahwin 12 hari lepas hanya setelah dua minggu berkenalan.Dia (suami) sebelum ini masih bujang dan berasal dari Tumpat, Kelantan. Saya sengaja merahsiakan pernikahan kami itu daripada media massa.

“Hari ini (Jumaat) saya rasa adalah hari yang sesuai untuk mengumumkannya (pernikahan itu). Saya dan suami berjumpa dan berkenalan di KL (Kuala Lumpur) tetapi tidak menduga ia akan berakhir dengan perkahwinan.

“Saya anggap ini adalah ketentuan Allah dan memang sudah jodoh kami.Kami dijodohkan walaupun dalam perkenalan yang sesingkat itu,” katanya.

Sebelum itu laman Instagram dan Twitter ibu kepada tiga anak itu mula heboh dengan pelbagai komen daripada para peminat ekoran tersiarnya gambar Muhammad Noor Farhan yang pertama kali disiarkan untuk tatapan umum.

Malah, dalam laman sosial itu Abby menulis statusnya yang berbunyi

‘Dipendekkan cerita sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian..Allah kami dulukan.

‘Insya-Allah majlisnya bulan raya nanti.Lokasi belum pasti’.Sehingga pukul 4.30 petang ini sebanyak 1087 like dan ucapan tahniah telah diberikan oleh para pengikut Abby ekoran daripada statusnya itu.

Sementara itu, semasa diajukan pertanyaan tentang majlis resepsi yang akan diadakannya secara sederhana itu, dia masih belum menetapkan tarikh acara tersebut dan bakal mengumumkannya kemudian.

“Insya-Allah majlis resepsi perkahwinan saya ini akan diadakan di sebelah keluarga saya di KL pada 31 Ogos ini dan seminggu selepas itu pula di rumah keluarga suami saya di Tumpat,” ujarnya lagi.

Sumber

Lebai Pas Kecewa Dengan Pernikahan Ostazah Abbiey!!!

Selepas berita perkahwinan Abby Abadi secara tiba-tiba meletup dan menjadi hangat hari ini, sudah tentu persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah siapakah lelaki itu?

Sebelum ini pernah timbul cerita seperti Abby mungkin kembali kepada Norman tetapi tidak pula mengenai seorang lelaki baru. Sebenarnya, lewat seminggu lalu, Abby Abadi telah memuat naik status yang membayangkan hatinya berbunga-bunga menerima kehadiran seseorang dalam hidup.

Bersama gambar sebentuk cincin yang cantik tersarung di jari manis, Abby menulis:

Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya,
tidak akan pernah tertukar & akan bertemu pada saat yang tepat.
Menurut ilmuNYA, tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang &sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua. Ps: ‘berita bahagia’ ini akan Sy umumkan nanti…

Doakan turut dimuat naik, gambar seorang jejaka kacak menghulurkan jambangan ros. Rentetan daripada pos ini, ada pengikut Instagram Abby meneka lelaki istimewa yang berjaya merebut hati Abby adalah seseorang yang pernah diperkenalkan Abby di laman Instagramnya sebelum itu.

Berikut kapsyen gambar Abby ketika memperkenalkan jejaka dalam usia 20-an tersebut: Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong… bgtau jer…. orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu…

Semoga impian terlaksana. Hari ini, terkuaklah kisah sebenar apabila Abby mengakui sendiri, dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri. Dan lelaki baru dalam hidupnya tak lain tak bukan, pembantu tadbir butiknya sendiri yang diperkenalkan sebelum ini.

Maknanya ketika gambar dan status atas dimuat naik, ‘nak kahwin sangat dah’ yang dimaksudkan oleh Abby pada Farhan adalah mengahwini dirinya sendiri! Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya.  - mynewshub

Friday 19 July 2013

#PRKKualaBesut- Walkabout YB Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Razali Ibrahim Di PDM Kuala Besut

Bagi mempastikan kemenangan berpihak kepada calon BN di PRK DUN N01 Kuala Besut  beberapa program telah diadakan oleh menteri dan juga timbalan menteri kabinet. Hari ini program lawatan runah kerumah telah di mulakan seawal jam 10 pagi di beberaoa buah kampung di dalam PDM jagaan Umno Johor.

Antaranya ialah Kg Nail, Kg Alor Pisang dan juga Seberang Tasik, dijadikan sasaran oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Razali Ibrahim. Beliau bersama sama konvoi yang melibatkan hampir 100 buah motosikal datang ke kampung tersebut untuk mengadakan lawatan ke rumah rumah warga emas dan uzur di sekitar kampung.

Rata rata penduduk yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada beliau yang telah sanggup untuk turun bertemu dengan penduduk dalam usaha membantu calon PRK Kuala Besut, Tengku Zaihan yang mana mereka juga berkata bahawa Tengku Zaihan memang dikenali oleh penduduk setempat apatah lagi beliau merupakan anak tempatan.

Selain dari memiliki latar belakang pelajaran yang baik, Tengku Zaihan juga dikatakan peramah oleh penduduk setempat dan pemilihan yang dilakukan oleh Barisan Nasional dengan meletakkan Tengku Zaihan adalah yang paling tepat.

Mereka juga mengatakan bahawa mereka amat berbangga kerana anak jati Kampung Nail telah terpilih untuk menjadi calon wakil rakyat dan mereka berjanji akan memberikan undi mereka kepada Tengku Zaihan memandangkan mereka juga telah banyak menerima manafaat daripada kerajaan Barisan Nasional.

Program walkabout yang bermula jam 10 pagi dan berhenti waktu solat Jumaat dan bersambung semula jam 3.30 petang. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh YB Timbalan Menteri menyebabkan penghuni terharu dengan kunjungan  beliau.

Wednesday 17 July 2013

Lagi Hina Islam!!! Gelek Gadis Seksi Waktu Terawih Di Negeri PR???

Shah Alam: Kemuliaan Ramadan dicemari dengan tindakan pihak tertentu yang menganjurkan konsert mini ‘menghidangkan’ artis wanita genit berpakaian seksi di kawasan berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 31, di sini, malam kelmarin.

Amat mengecewakan apabila penganjur langsung tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam kerana konsert mini itu diadakan ketika penduduk Islam pangsapuri berkenaan menunaikan solat Tarawih di surau yang terletak hanya 150 meter dari situ.

Bunyi muzik kuat diselangi nyanyian dan gelekan artis wanita berpakaian seksi secara terbuka mengundang rasa tidak senang penduduk Islam di pangsapuri itu.
Walaupun konsert mini itu dihadiri 100 penonton bukan Islam, tetapi ada warga Bangladesh yang mengambil kesempatan melihat aksi seksi penyanyi wanita terbabit, selain turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang jaraknya kira-kira 20 meter dari pentas.

Penduduk, Narimah Johari, 45, berkata, penganjur mini konsert itu tidak mengambil kira sensitiviti penduduk Islam di situ kerana menganjurkannya pada malam Ramadan. (myMetro)

Tuesday 16 July 2013

Remaja Red Bean Army Hina Islam Dibogel???

Penjaga cybercafe, Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, oleh lapan lelaki dipercayai berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

Sumber yang diterima TerengganuToday memberitahu, semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi. Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan diapa-apakan.

Barang berharga milik lelaki itu seperti beg duit, telefon bimbit dan rantai emas dikembalikan kepada teman wanita mangsa semasa mangsa dilarikan. Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.

Seluar, baju dan pakaian dalam dilarikan Toyota Alphard terbabit. Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER”

Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Islam yang menjadi sasaran parti DAP untuk cetuskan ketegangan kaum dan agama.

Menurut sumber itu lagi, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa.

Sumber

Saturday 13 July 2013

[VIDEO] #PRKKualaBesut!!! Azlan Terketar2 Di Baiah Haji Ha Di???

Hadi Awang takut dengan kesetiaan Calon PAS di Kuala Besut sebab itu dibaiah didepan penyokong PAS. Almaklum Azlan ni dulu pernah seleweng apabila berada didalam UMNO sampai dipecat oleh Parti. Kalau dah tak pecaya pada calon kenapa nak bagi Azlan bertanding.

PAS sebenarnya ketandusan Calon bukan UMNO, Namum lidah pembelit PAS HAprakDaily mengatakan sebaliknya. Ini menampakkan bahawa PAS tidak ikhlas didalam perjuangan.berikut adalah lafaz yang disebut oleh Azlan.....

"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.

"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini." - Baiah yang dilakukan Che Long dipentas ceramah politik di Kuala Besut.


Celaka!!! Sup Babi Untuk Umat Islam Berbuka Dari Babi Alvin & Vivian...


Entah apa yang ingin dicari mereka berdua. Selepas mencipta kontroversi benda-benda bodoh dan terlampau bodoh sebelum ini, kali ini Alvin dan Vivian mencipta kontroversi bodoh sekali lagi.


Mereka memuat naik gambar kontroversi di Facebook milik mereka berdua malam Khamis, gambar yang memaparkan mereka sedang makan ‘bak kut teh’ yang digambarkan sebagai makanan yang wangi, enak dan menyelerakan dengan perkataan ‘Selamat Berbuka Puasa’

Ajak umat Islam berbuka puasa dengn sup babi dan seolah-olah menghina umat Islam dengan perlakuan sebegini. Juga apa pula tujuannya meletakkan sijil halal pada gambar tersebut.

Ada yang berkata mereka berdua ketagih publisiti murahan untuk terkenal walaupun sebenarnya tak tara mana pun.

Kontroversi yang dilakukannya seolah-olah halal di pihak kerajaan. Apa tindakan kerajaan Malaysia kerana dia melucαh dan menyebarkan bahan lucαh sebelum ini. Juga apa tindakan pihak kerajaan atas penghinaan ke atas umat Islam yang dilakukan kini.

PRK Kuala Besut!!! Rupa2nya Calon Pas Adalah Kaki......???

Adakah calon Pas kena pecat sebab pernah terlibat dengan penjualan pil kuda dan dadah?


Dalam video kontroversi calon Pas, Azlan mengakui bahawa duit gaji yang diterima dia akan digunakan untuk menguruskan perniagaannya. “Tapi saya nak keluar sikit-sikit untuk berniaga”.

Bagaimana seseorang yang bergelar YB menggunakan gaji yang diterima untuk kepentingan diri sendiri?

Sebaliknya dia perlu mendengar masalah serta mengutamakan kebajikan rakyat di kawasannya. Malah, Azlan juga dilihat lebih mementingkan perniagaannya berbanding rakyat dikawasan tersebut jika dia memenangi PRK.

“Kerja-kerja yang perlu diuruskan oleh seseorang wakil itu akan diuruskan oleh orang lain. “Saya akan gaji dia…,” ujar Azlan.

Menggaji seseorang untuk menguruskan masalah rakyat tanpa menghiraukan nasib rakyat makalah dia sibuk menguruskan perniagaannya.

Adakah ini manifesto terbaik untuk dibawa kepada rakyat? - 
sumber

Calon PAS PRK Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno
Oleh Farah Eliana Mohd Adnand

KUALA BESUT: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, calon yang diketengahkan PAS, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno namun dipecat oleh parti.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.

"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa.

"Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media hari ini.

Pada penamaan calon pagi tadi, PAS menampilkan calon anak tempatan, Azlan @ Endut Yusof.

Endut yang lebih dikenali sebagai Che Long bakal berentap dengan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut.

Selain itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua itu menyifatkan calon yang dikemukakan BN lebih menyerlah berbanding PAS.

Katanya tiga faktor utama seperti profesionalisma, latar belakang keluarga (anak ustaz) serta calon muda bakal menjadikan kerusi itu kekal milik BN.

Namun kelebihan calon itu tidak menggambarkan BN akan berada di zon selesa, katanya dan menambah jentera parti akan bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi.

"Kita yakin, tapi kita tidak akan terlalu selesa. Kita akan bekerja kuat, kita yang di atas, jentera-jentera pun, kita tidak akan selesa.


"Saya akan pastikan kita bekerja sekuat mungkin, kita bukan sahaja nak menang, tapi kita nak menang dengan majoriti bertambah," jelas
beliau.

Thursday 11 July 2013

Krisis Mesir - 10 Aktivis Bakal Ditangkap Tentera

Dr Mohamed Badie Politikus ikhwan dan aktivis antara 10 yang bakal ditangkap esok TV MESIR: Pihak pendakwa raya mengeluarkan arahan hari ini, Rabu untuk menahan "Badie, Iryan dan Beltagy" atas tuduhan mencetuskan/menghasut peristiwa berdarah di kawasan Pengawal Republik.

Senarai nama mereka yang akan ditahan:
1- Dr Mohamed Badie : Mursyidul Am Ikhwan Muslimin
2- Mohammed El-Beltagy : pemimpin Ikhwan Muslimin (setiausaha FJP Pusat) 3- Essam el-Erian : Naib Presiden FJP
4- Essam Sultan : Naib Presiden Parti Wasat
5- Assem Abdel Majid : ahli Majlis Syura Jemaah Islam
6- Mahmoud Ezzat : Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin
7- Safwat Abdel-Ghani : ahli Majlis Syura JI dan Presiden Parti Bina wa Tanmiyah 8- Safwat Hijazi : pemimpin Ikhwan Muslimin
9- Ahmoud Hussein : Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin dan anggota Maktab Irsyad Ikhwan
10- Abdel-Rahman Ezz : Aktivis

Sumber : AlJazeera

[FOTO] Tentera Gantung Diri Di Kem Kementah???

Seorang anggota tentera yang berusia 24 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri di kem tentera Jalan Padang Tambak. Ia disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, lelaki berkenaan telah menggantung diri dan dimaklumkan kepada polis 7.00 pagi hari Rabu.

“Kami masih menyiasat,” katanya. Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan juga mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian tersebut. Dia ditemui mati pada pukul 5.45 pagi di Kem Kementah, Jalan Padang Tembak.

Pihak tentera menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. Gambar yang tersebar dikatakan gambar anggota tentera terbabit, namun ia taklah dapat disahkan… Kenapalah berlaku sedemikian?

Sumber

Tuesday 9 July 2013

Rais! Hang Jaga UIA Elok2 - Shahidan Kassim


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim membuat tweet yang ditujukan kepada Presiden baru UIA Rais Yatim.


“Saya berada diparlimen sepanjang hari..saya catat prestasi bahas..saya pling lyak komen..bukan rais.”

“Saya berpuas hati dgn perbahasan diparlimen…bn mps best…rais tak perlu komen melampau..jaga uia.”


Melihat kepada akaun Twitter Rais Yatim, ini di antara tweet beliau…

“Ramai yg buat macm2 syor tntg masa depan umno dn BN. Yg terpenting buat syor Melayu Bersatu dulu. Bila Melayu satu yg lain ikut.”

“Sidang DRakyat kali ini akan penuh konflik retorik. Semoga AP kita berbudaya bina negarabangsa lebih dari bertelingkah.”

“Perkembangan kini menampakkan kebebasan berkomunikasi dlm demokrasi sdah dijadikan senjata makan tuan.”

“Nmpaknya dunia ahli dewan rakyat sudah bermula dgn amalan budaya kasar-garang. Apa yg dapat kita pelajari dari gelagat mereka?”

PT
Nampaknya Si Rais terlupa yang beliau bukan menteri lagi ...Rais tak payahlah nak ganggu kerja orang lain..betul seperti saranan Shahidan, hang jaga UIA sudahlah....

Monday 8 July 2013

Kelantanku!!! PK HEM Ditembak Mati Di Bachok...


Gambar Guru di tembak Di Bachok , Kelantan MAKLUMAT AWAL SATU KES TEMBAK BERLAKU DI BERHAMPIRAN SEKOLAH KEB. BERIS PANCHOR, BACHOK PADA JAM 2.00 PTG.

SUSPEK TELAH MELEPASKAN 3 DAS TEMBAKAN KE ATAS 1 L MELAYU YANG BERADA DI DALAM M/KAR MERCEDES. MANGSA MATI DITEMPAT KEJADIAN.

Maklumat Mangsa :
Nama : Hashim Mat Zin
Umur : 40an
Kerja: Pen. Kanan HEM Sek. Keb. Beris Panchor, Bachok.




Kemaskini...

Punca Sebenar Kejadian

Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, mangsa telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai .38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dan lain-lain . Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB utk bedah siasat yg dijangka akan dijalankan malam ini.


Kerana Arak - Atlet Sukma Di Ratah Bergilir2!!!

Kerana kedarah arak, atlet SUKMA dirogol bergili-gilir. Ini cerita bab acara sampingan SUKMA, acara regu berpasukan.

Berita Harian melaporkan seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam SUKMA 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki bola keranjang di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.

Atlet remaja berusia 19 tahun yang berada dalam keadaan separuh sedar kerana menkedarah arak, diambil kesempatan dirogol bergilir-gilir di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang. Selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan dan berlaku acara SUKMA seterusnya.

Sumber

PT
Yang betina sengaja cari penyakit ..elok sangat la tu...balasan kepada yang melanggar disiplin...inilah akibatnya kalau menjadi manusia yang hanya ada akal tetapi kepala lutut juga yang digunakan semasa berfikir....

Sunday 7 July 2013

Isu Mesir - Anwar Ibrahim Mengutuk Rampasan Kuasa Demokrasi???

Berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim sejurus selepas Mesir menyaksikan kejatuhan Presiden Morsi:  

“Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa.Tidak kira apa pengakhirannya,caranya adalah tidak wajar.” 

Anwar nampaknya tidak dapat menerima rampasan kuasa oleh tentera Mesir kerana menyifatkannya sebagai tidak menghormati keputusan pilihanraya yang meletakkan Presiden Morsi di puncak kuasa.Anwar juga menganggap tindakan merampas kuasa tanpa melalui pilihanraya adalah tidak wajar kerana menyalahi demokrasi. 

Tetapi,berikut pula adalah laporan oleh Free Malaysia Today serta dipetik oleh AltThaiNews http://altthainews.blogspot.com/2013/05/us-prepares-to-overthrow-malaysian.html pada 15 Mei 2013,bertajuk “BN Akan diTumbangkan Tahun Ini” :

Pakatan Rakyat berikrar akan menggulingkan kerajaan BN melalui jalanraya.Jurucakap di dalam forum yang berlangsung semalam sebulat suara bersetuju bahawa menunggu 5 tahun lagi untuk pilihanraya adalah terlalu lama dan berikrar akan menggulingkan kerajaan BN melalui kekerasan.Tambah laporan itu lagi :

Hishamuddin Rais menyatakan bahawa tiada gunanya membawa ketidakpuasan hati mereka ke mahkamah kerana sistem perundangan dikawal oleh kerajaan.

“Kerana itulah kita mesti membawanya ke jalanraya.Kita mesti keluar. Apa yang Najib suka adalah salah dan apa yang dia tidak suka, itulah yang kita mesti lakukan.Kita akan gerakkan kumpulan yang besar ke jalanraya.Ini bukan ugutan,ini adalah janji!” 

Ini pula laporan dan wawancara Anwar dengan Interpress Service News Agency http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/ pada 24 Februari 2012 : BANGKOK, Feb 24 2012 (IPS) – Pemimpin pembangkang Malaysia yang berkarisma, Anwar Ibrahim, menyentuh semangat ‘Arab Spring’ bagi menamatkan 55 tahun pemerintahan UMNO dan parti komponennya di negara Asia Tenggara itu.

“Malaysia tidak boleh tersisih dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya dunia Islam,” kata ketua Parti Keadilan Rakyat yang berumur 64 tahun itu.

“Bagi kami di Malaysia,ini adalah tanda yang meyakinkan: trend ke arah demokrasi,kebebasan dan lebih ketelusan di dunia Arab.” dan  “Arab Spring,adalah berguna bagi kami di dunia Islam dalam hal ini. Ia mempunya impak bagi erti demokrasi.” 
Nampaknya ketika mengutuk rampasan kuasa yang berlaku di Mesir,Anwar telah dengan tidak sengaja mengutuk diri sendiri.Mungkinkah Anwar lupa bahawa beliaulah yang ke hulu ke hilir meragam tidak mahu menerima keputusan pilihanraya dan beliau jugalah yang menggerakkan ‘lembu dan kambingnya’ ke jalanraya kerana ingin melakukan rampasan kuasa.

Walaupun sering menafikan yang beliau ingin merampas kuasa melalui keganasan,tetapi perkataan Arab Spring yang dipilih oleh Anwar itu sendiri sudah cukup untuk membuktikan yang beliau ingin mencetuskan anarki. Arab Spring sehingga kini telah menyaksikan hampir 130,000 kematian di semua negara yang terlibat.

Paling ramai adalah di Syria iaitu hampir 100,000,tetapi dikhuatiri lebih ramai lagi yang belum dilaporkan.Diikuti Libya 30,000 dan beberapa ratus atau ribu lagi di Mesir,Tunisia,Algeria,Yemen dan lain-lain.

Justeru,bagaimana Anwar boleh menjadikan Arab Spring sebagai sumber inspirasi tetapi di masa yang sama menafikan ingin mencetuskan anarki ??? Bagaimana Anwar mengutuk rampasan kuasa melalui kekerasan tetapi di masa yang sama turut ingin melakukannya ???

Bagaimana Anwar meminta orang lain menerima keputusan pilihanraya sedangkan beliau sendiri tidak mahu menerimanya ??? Kesimpulannya,benarlah kata orang-orang di keliling Anwar,bahawa Anwar sudah gila.

Sumber

Saturday 6 July 2013

Sistem Pendidikan Negara Gagal - Ku Li

KUALA LUMPUR:  Sistem pendidikan negara harus diakui gagal dan tidak boleh dipertahankan lagi, jelas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Jelasnya, antara lain, sistem pendidikan negara gagal dalam penyepaduan budaya antara anggota masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa supaya saling dapat menghargai adat resam yang berbeza.

Oleh itu, Ahli Parlimen paling lama berkhidmat itu mengesa satu tindakan yang ikhlas, berani dan radikal dilaksanakan segera untuk memulihkan sistem pendidikan negara.

“ Saya sedar urusan perubahan ini memerlukan masa yang lama, tetapi kita boleh mempercepatkan proses ini dengan belajar dan melihat kepada model yang sudah berjaya dan terbukti seperti yang berlaku di China, Korea Selatan dan Finland,” jelas Tengku Razaleigh.

“Kita juga gagal dalam mempersiapkan tenaga kerja mahir dan berketrampilan. Kurang lebih 20% graduan kita menganggur dan majikan, terutama dari kalangan syarikat swasta dan MNC lebih cenderung untuk memilih graduan yang dari luar sistem kita.” tambahnya.

Tengku Razaleigh berucap merasmikan Majlis Makan Malam Amal anjuran Teach For The Needs di Kuala Lumpur. Turut hadir Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.
Bekas Naib Presiden UMNO itu juga turut mempersoalkan standard yang digunapakai sistem pendidikan negara yang dikatakan tidak menepati keperluan atau kelayakan minimum yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Jelasnya dalam penilaian Programme for International Students Assessment (PISA) 2009, Malaysia diletakkan pada tangga yang ke 55 daripada 74 negara sebahagian besar pelajar kita yang berumur 15 tahun gagal memenuhi kelayakan minimum, dengan 60% daripadanya tidak memenuhi keperluan minimum untuk matematik, 44% dalam membaca dan 43% dalam sains.

Sementara “Trends in International Mathematics dan Science Study” (TIMSS) 2007, pula menunjukkan secara purata, 20% pelajar kita tidak menepati keperluan minimum dalam matematik dan sains.

“Anehnya, dapatan ini tidak selaras dengan pencapaian cemerlang peringkat nasional yang hampir setiap tahun dihebahkan secara besar-besaran.” jelasnya.

“Apakah sistem penilaian kita rendah, tidak menepati “standard” dan tidak tepat sehingga kita cemerlang menurutnya tapi gagal berprestasi apabila berdepan dengan penilaian antarabangsa yang lebih konklusif?” tambah beliau.

Tengku Razaleigh turut menyelar sistem yang digunapakai di peringkat Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan yang sering memberi anugerah kepada Pengetua berdasarkan keputusan peperiksaan cemerlang sekolah mereka.

Jelasnya, pelaksanaan ini walaupun berniat baik boleh membawa kesan negatif apabila terdapatnya Pengetua yang terlalu ghairah untuk “menang” dan ini boleh mengakibatkan perkembangan yang tidak sihat.

“Sebagai contoh yang ekstrim, adalah tidak mustahil bagi seseorang pelajar lemah tidak diterima masuk ke sesebuah sekolah demi memastikan prestasi akademiknya tidak terjejas.” jelasnya.

Sumber

Friday 5 July 2013

Puluhan Ribu Rakyat Protes Penggulingan Morsi!!

RIBUAN penyokong Muhammad Mursi berkumpul di Kota Nasr untuk memprotes penggulingan presiden dalam satu rampasan kuasa pihak tentera.

Penyokong Mursi berkumpul setelah Solat Jumaat, menyahut seruan gabungan kelompok-kelompok Islam yang dipimpin Ikhwanul Muslimin untuk berdemosntrasi menentang ramps kuasa.

Gabungan itu telah meminta penyokong Mursi untuk melakukan protes setelah Solat Jumaat. Permintaan tersebut dilihat sebagai ujian apakah Mursi masih memiliki dasar sokongan di dalam negeri dan bagaimana pihak tentera menanggapinya.

Mursi, presiden pertama Mesir yang terpilih secara demokratis digulingkan oleh pihak tentera setelah protes massa. Pendukung mantan presiden marah dan mengecam campurtangan tentera tersebut.

Mereka akan melanjutkan aksi duduk dan berbaris menuju kementerian pertahanan.

"Orang di sini menyatakan tidak lagi hanya sebuah protes pro-Mursi, ini adalah tentang melawan rampasan kuasa oleh pihak tentera," ujar laporan Al-Jazeera.

Pihak tentera Mesir meminta perdamaian dan memperingatkan terhadap kerusuhan. Polis telah menangkap beberapa warga islam menjelang protes yang direncanakan Ikhwanul Muslimin hari ini.

Sementara itu pemerintah Turki, telah mengecam penggulingan Presiden Mursi dan menyatakan campurtangan tentera Mesir yang menyebabkan tergulingnya Muhammad Mursi dari jabatannya tidak menggambarkan keinginan rakyat dan menyerukan agar Mesir kembali ke demokrasi.

"Pergantian kekuasaan di Mesir bukan merupakan keinginan rakyat. Pergantian kekuasaan di Mesir tidak sesuai dengan demokrasi dan undang-undang," kata Wakil PM Turki, Bekir Bozdag di Ankara.

"Di semua negara yang mengamalkan demokrasi, satu-satunya jalan menuju kekuasaan adalah melalui pilihanraya umum," tambah Bozdag.

Bozdag menambahkan, bagi yang mempercayai demokrasi seharusnya menentang perubahan kekuasaan yang terjadi di Mesir.

"Situasi yang tak dapat diterima oleh masyarakat yang demokratis kini telah muncul di Mesir," ujar Bozdag.

"Kami berharap Mesir kembali ke demokrasi sehingga keinginan rakyat dapat kembali ditegakkan," Bozdag menegaskan.

Menteri Luar Negeri Turki Ahmet Davotoglu di Istanbul menyatakan disingkirkannya seorang pemimpin yang terpilih secara demokrasi melalui cara yang tidak sah, sangat tidak boleh diterima.

"Seorang pemimpin yang tampil (berkuasa) dengan dukungan rakyat hanya dapat dijatuhkan melalui pilihanraya. Hal ini tidak dapat diterima bagi para pemimpin yang terpilih secara demokrasi, untuk alasan apa pun, yang akan menggulingkan melalui cara tidak sah, apatah lagi kudeta," kata Davutoglu.

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan pada Kamis mengadakan pertemuan luar biasa selama tiga jam di pejabatnya di Istanbul untuk menilai perkembangan terbaru di Mesir, tetapi belum ada pernyataan rasmi yang dibuat.

Kecaman yang serupa dinyatakan oleh Partai berkuasa Tunisia, Ennahdha yang mengecam penggulingan Presiden Mesir Dr.Mursi serta penangkapan tokoh Ikhwanul Muslimin.

Dalam pernyataan disiarkan pada Khamis malam, Ennahdha mengutuk penumbangan presiden pertama Mesir, yang terpilih secara demokrasi. Ennahdha menyatakan tak setuju terhadap penangkapan tokoh Ikhwanul Muslimin, dan menambahkan bahawa kudeta akan memperkuat perpecahan di antara orang-orang Mesir.

Juga pada hari Khamis, Presiden Prancis Francois Hollande, yang sedang berkunjung ke Tunisia, mengatakan penggulingan Mursi dari kekuasaan menandakan kegagalan proses peralihan di Mesir.

Pertubuhan Uni Afrika (AU) pula menangguhkan keanggotaan Mesir dari organisasi benua itu Jumaat (5/7) setelah penggulingan Presiden Muhammad Mursi sesuai dengan peraturannya yang keras terhadap perubahan pemerintah yang tidak mengikut perlembagaan.

"Dewan Perdamaian dan Keamanan AU memutuskan menangguhkan penyertaan Mesir dalam kegiatan-kegiatan AU sampai pemulihan ketentuan perlembagaan," kata satu pernyataan rasmi.

Blok Afrika Raya itu melakukan pertemuan Jumaat di markas besar AU di ibu kota Ethiopia, Addis Ababa, untuk membicarakan krisis politik di Mesir setelah penggulingan Mursi oleh pihak tentera pada Rabu (3/7).

"Dewan itu menegaskan kembali kecaman AU dan penolakan terhadap pengambilalihan kekuasaan secara tidak sah," tambah pernyataan itu.

"Penggulingan presiden yang dipilih secara demokrasi tidak sesuai dengan ketentuan konstitusi Mesir dan karena itu tidak sah berdasarkan definisi perubahan pemerintah yang tidak mengikut perlembagaan." Ikhwanul
Muslimin Jordan turut mengecam kudeta tentera yang menggulingkan Presiden Mursi. Kudeta itu bahkan disebut sebagai persekongkolan pimpinan Amerika Syarikat (AS).

"Kami mengutuk kudeta militer terhadap presiden sah Mesir yang pertama dipilih secara demokratis," kata dewan penasihat syura Ikhwanul Muslimin.

"Itu adalah konspirasi pimpinan Amerika Syarikat terhadap rakyat Mesir dan pengalaman demokratis pertama mereka," katanya.

Panglima Angkatan Bersenjata Mesir Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Moursi pada Rabu dan menyatakan Ketua Mahkamah Konstitusi, Adly Mansour sebagai pejabat sementara presiden.

"Hasil dari kudeta tentera tidak berlaku. Kami menyerukan kepada negara-negara bebas di seluruh dunia untuk tidak mengakui hal itu dan kembali ke legitimasi yang telah disetujui oleh rakyat Mesir melalui pemilihan yang adil dan belum pernah terjadi sebelumnya," kata Partai Ikhwanul Muslimin, kelompok pembangkang utama negara Jordan.

"Apa yang terjadi tidak akan menghentikan perubahan dan tidak akan menjadi akhir perlawanan dan kemenangan," katanya.

Sumber

Masih Gedebe Lagikah Berehey Ali???

Angin Ibrahim Ali belum reda. Marahnya masih membuak dipinggir Umno. Umno dan BN lebih memberi perhatian kepada kumpulan pendesak yang dilihat biadap terhadap orang Melayu, katanya sebelum ini.

Antara yang ramai-ramai dalam Umno, hanya Razali Ibrahim yang menyahut. Sebab sama-sama kalah kot. Razali sebelum ini ada berkata, Perkasa tak dipinggirkan dan mereka boleh bertemu untuk berbincang.

Hari ini Ibrahim Ali menolak mentah-mentah pelawaan Razali Ibrahim untuk berbincang.

“Terima kasihlah, tetapi saya rasa tidak ada perlunya untuk kami berbincang. Razali belum lahir lagi masa saya sudah berjuang dalam Pemuda Umno.

“Elok Razali bertemu Irwan Fahmi Ideris,Ketua Wira Perkasa,sama sama anak muda. Jika tiada apa-apa untuk dibincangkan tentang hal kepentingan bangsa, boleh pergi main snooker,”

“Saya tak marah, kenyataan saya mewakili Ahli Dewan Tertinggi Perkasa. Saya bukan budak-budak yang nak marah tidak tentu pasal. Apabila saya ditahan di bawah akta ISA pada tahun 1987 juga saya tidak marah. Jaga mulut sikit, jika tak tahu apa-apa tak perlu lah bercakap,” kata Ibrahim.

Tak marah? sebab takut kena jual!! Siapa Razali Ibrahim untuk berbincang dengan saya? tulis FMT.

Sumber

24 Julai 2013 PRK DUN Kuala Besut....

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut pada 24 Julai 2013 manakala tarikh  Penamaan Calon pada 12 Julai 2013.

"Kita sudah tetapkan tarikh berikut, jadi kita jalankan PRK pada tarikh tersebut," umum Pengerusi SPR  Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

PRK Kuala Besut diadakan  berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar. Pada PRU13, allahyarham mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut untuk BN mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail dengan majoriti undi 2,434 undi. Dun Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar.

Sumber

Jangan Tuduh Bukan2- Mat Yo

Mat Yo penyerang sensasi Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha menafikan laporan media yang mendakwanya membuang medal ke dalam tong sampah selepas perlawanan akhir Piala FA 2013, Sabtu lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Yo memberitahu menyerahkan medalnya kepada salah seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas kecewa apabila pasukan tewas kepada Kelantan dalam aksi berkenaan.

Norshahrul amat berharap dapat membantu Johor DT muncul juara Piala FA sebagai hadiah buat Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut ulang tahun kelahirannya sehari kemudian.

“Sebenarnya, saya beri pingat itu kepada salah seorang pegawai. Saya memang kecewa kerana gagal membantu pasukan raih kemenangan.

“Saya ingin melihat Johor DT menang sebagai hadiah buat Tunku Ismail,” katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Padang Sri Gelam, Johor Bahru, semalam.

Sumber

PT
Ikut demo la Mat Yo..tapi takkanla ambik masa seminggu lebih baru nak nafikan berita tu. Apa pun demo kena professional la sikit. Demo kan pemain tersohor negara, jangan tunjuk perangai macam budak-budak tadika bro!!!!

Bukti Jelas Israel Punca Penggulingan Morsi....

Di antara tindakan awal pihak tentera Mesir selepas penggulingan Presiden Morsi ialah menutup terus 'Rafah Gate' yang merupakan laluan utama ( satu-satunya) perhubungan di antara Gaza dan dunia luar melalui Mesir.

Pihak bersenjata Mesir juga telah menutup ratusan terowong-terowing bawah tanah di antara Gaza dan Mesir yang merupakan talian hayat kepada penduduk Gaza dan dikepung Israel sejak tahun 2007 lagi.

Kepada pihak yang menyokong penggulingan Morsi : Anda harus insaf bahawa ini adalah di antara ribuan 'pahala permulaan anda' kerana menyokong penggulingan Presiden Mesir yang sah yang telah dipilih oleh rakyat Mesir...

Mengapa Israel?

Pada 4 November 2012 iaitu kira-kira 10 hari sebelum serangan Israel ke atas Gaza, dilaporkan berlangsung pertemuan antara Amru Musa dengan bekas Menteri Luar Israel, Tzipi Livni (gambar di bawah). Dalam pertemuan tersebut, Livni telah meminta secara langsung kepada Musa bagi 'menimbulkan kekeliruan' kepada kerajaan Mursi.

Musa kemudian kembali ke Mesir dan beberapa hari kemudian mencipta "krisis" dengan menyerang Panel Penggubal Perlembagaan yang dia menjadi salah seorang anggota panel.

"Krisis ciptaan" tersebut menyaksikan Musa mengetuai 12 orang anggota panel yang lain menarik diri beramai-ramai atas harapan panel tersebut menemui kegagalan dan rakyat akan bersama-samanya meminta panel tersebut dibubar.

Amru Musa, seperti Hamdin Sobahi juga yang menyertai pertandingan Presiden Mesir menentang Mursi mengharapkan dia akan dinobat berada di kerusi nombor satu negara tetapi tewas.

Mengapa dengan Gaza?

Gaza ditadbir oleh sayap kanan Ikhwanul Muslimin. Ya sekutu kuat serta sayap kanan yang berkuasa besar dalam perang gerila. Hamas adalah sayap kanan Ikhwanul Muslimin. Dengan menutup Rafah, Gaza akan kembali terkepung. Tiada sumber makanan, perubatan dan yang paling penting tiada sumber senjata yang diseludup masuk.

Tanpa semua itu diharapkan Hamas akan kembali lemah dan penduduk Gaza akan menyerah dengan mudah kepada Israel. Segalanya satu konspirasi untuk memudahkan kerja Israel meluaskan pencerobohan ke atas tanah Palestine.

Ikhwan Muslimin perlu dirobohkan di mana sahaja mereka berkuasa. Tanpa Erdogan, ASWJ Syria akan musnah dengan mudah kerana kebanyakan senjata dan perubatan disalur dari duni luar kepada Mujahiddin melalui Turki. Dan Erdogan mengizinkannya.

Sumber

Inikah Dosa2 Morsi Terhadap Rakyat Mesir???

Kenapakah Mursi digulingkan? Adakah kerana perubahan yang dibawa atau kerana kejahatan pihak barat???

1.Dosa Mursi adalah kerana mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan pendapatan sebanyak 5.6 juta dollar pertahun, akan meningkat 100 juta dollar pertahun.

2.Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pencen sebanyak 200 % lebih, sementara harga-harga barang tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

3. Dosa Mursi adalah membangun kilang samsung terbesar di Arab di provinsi Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

4. Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.

5. Dosa Mursi adalah membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), untuk seluruh rakyat agar dapat memakai barang elektronik bermutu dengan harga berpatutan.

6. Dosa Mursi paling besar adalah dia selalu sholat berjamaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki org padanya.

7. Dosa Mursi adalah kerana berusaha membina tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Mesir.

8. Dosa Mursi adalah karena ia mampu menarik pelabur asing dan mendapat kepercayaan pelabur asing di Mesir.

9. Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.

10. Dosa Mursi adalah krana mampu membuka peluang kerja baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur.

11. Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negara oleh Husni Mubarak dan kroni2nya.

12. Dosa Mursi adalah menegakkan keadilan dan berusaha menghapuskan penipuan Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi digulingkan oleh sisa-sisakroni Mubarak, liberal, sekular, komunis,.

Mereka kecewa kerana Mursi telah gagal membawa Mesir ke arah kehancuran. [Dari seorang mahasiswa Mesir via Ria Syamil Yuliasari]

Sumber

Thursday 4 July 2013

Weii!!! Lagi GRO Dicekup Di Negeri Membangun Bersama Isle???

KOTA BHARU - Sebanyak 12 wanita warga Thailand yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup oleh Jabatan Imigresen negeri ketika leka melayan pelanggan dalam operasi di dua buah kedai di Kuala Krai malam tadi.

Dalam operasi kira-kira pukul 10 malam itu, kebanyakan GRO berkenaan berusia antara 18 hingga 41 tahun ditahan atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini.

Pengarah Imigresen negeri, Mahasan Mustapa berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan kesemua GRO berkenaan dipercayai berkhidmat sebagai pelayan sahaja dan tidak terlibat dalam pelacuran.

"Mereka ini hanya menjadi pelayan untuk menemani pelanggan yang minum di premis mereka dan siasatan mendapati mereka bukan pelacur.

"Sejak Januari hingga Jun, pihak kami telah menahan sebanyak 27 wanita warga asing yang dipercayai terlibat sebagai GRO. Untuk makluman kegiatan tidak sihat ini masih terkawal di negeri ini," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri hari ini. - 

Sumber

PT
Macam mana Kerajaan Pas Kelantan menangani isu yang berkaitan dengan msksiat serta hiburan sehinggakan bersilih ganti berlaku perkara yang terlarang di negeri membangun bersama isle ni. Apa yang dibuat oleh exco agama ?

Terlalu Banyak Rumah Urut Haram - Exco Selangor

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim mengakui Selangor mempunyai bilangan rumah urut dan pusat hiburan yang banyak meskipun kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan lesen baru.

Beliau juga tidak menafikan rumat urut baru dan pusat hiburan berkenaan beroperasi secara haram dan tidak mempunyai sebarang kelulusan.

“Kalau kita selalu melakukan pemeriksaan setiap hari pun, dalam masa setahun pun tak habis. Buat (pemeriksaan) satu hari, tutup satu, buka dua lagi esok. Jadi kita kena fikirkan satu cara yang lebih holistik bagi memastikan keberkesanan dalam mengatasi masalah ini.

“Untuk isu-isu seperti ini, kemukakan maklumat yang lengkap kepada pihak berkuasa bagi memudahkan membuat pemantauan kerana ada banyak rumah urut, ada banyak pusat hiburan.

“Bagaimana PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan agensi berkaitan nak jalankan tugas sekiranya tiada maklumat?” soalnya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Jakiran Jacomah (BN-Bukit Melawati).

Teng berkata, aduan itu perlulah lengkap dan meminta orang ramai menghantar satu salinan kepada dirinya juga agar beliau dapat memastikan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas mereka.

“Sekiranya ada aduan, hantarkan satu salinan kepada saya supaya saya juga dapat mengingatkan PBT untuk mengambil tindakan terhadap aduan tersebut,” katanya.

Beliau juga memaklumkan kepada sidang DUN Selangor hari ini bahawa kerajaan negeri, selain membekukan lesen pusat hiburan dan rumah urut, juga bertindak tegas terhadap pemilik yang sedia ada dalam usaha membanteras maksiat.

“Tindakan kompaun ke atas premis-premis di atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen termasuk kepada pemilik premis, melaksanakan tindakan sitaan dengan menyita peralatan seperti komputer yang berada di premis.

“(PBT juga) mengkaji semula syarat kelulusan lesen dan melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi kerajaan,” katanya. Bilangan pusat hiburan dan rumah urut di Selangor dilaporkan meningkat sejak tahun 2008, iaitu apabila kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini.

Walaupun lesen baru tidak dikeluarkan, difahamkan kebanyakannya pusat berkenaan beroperasi tanpa lesen. Teng juga berkata pihak berkuasa tempatan menjalankan sebanyak 148 pemeriksaan, dan mengeluarkan 77 saman serta melakukan 49 penyitaan.

Namun mereka masih gagal menyelesaikan masalah berkenaan, kata Teng sambil menambah, kerajaan negeri juga mengenal-pasti terdapat 929 premis judi. Bagaimanapun, PBT berusaha mengatasinya dengan membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik ke premis terbabit.

“Memang ada buat permohonan kepada TNB untuk potong elektrik termasuk juga permohonan buat pemeriksaan, saman, menyita dan sebagainya. Tapi tak selesaikan masalah juga,” katanya.

Sumber

Wednesday 3 July 2013

Negeri Serambi Mekah!!! Cubaan Zina Dalam Bilik Mandi Masjid.

Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di Kota Bharu kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.

Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.

Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.

Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.

“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya. 

“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut.

Sumber 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive