Friday 5 July 2013

Masih Gedebe Lagikah Berehey Ali???

Angin Ibrahim Ali belum reda. Marahnya masih membuak dipinggir Umno. Umno dan BN lebih memberi perhatian kepada kumpulan pendesak yang dilihat biadap terhadap orang Melayu, katanya sebelum ini.

Antara yang ramai-ramai dalam Umno, hanya Razali Ibrahim yang menyahut. Sebab sama-sama kalah kot. Razali sebelum ini ada berkata, Perkasa tak dipinggirkan dan mereka boleh bertemu untuk berbincang.

Hari ini Ibrahim Ali menolak mentah-mentah pelawaan Razali Ibrahim untuk berbincang.

“Terima kasihlah, tetapi saya rasa tidak ada perlunya untuk kami berbincang. Razali belum lahir lagi masa saya sudah berjuang dalam Pemuda Umno.

“Elok Razali bertemu Irwan Fahmi Ideris,Ketua Wira Perkasa,sama sama anak muda. Jika tiada apa-apa untuk dibincangkan tentang hal kepentingan bangsa, boleh pergi main snooker,”

“Saya tak marah, kenyataan saya mewakili Ahli Dewan Tertinggi Perkasa. Saya bukan budak-budak yang nak marah tidak tentu pasal. Apabila saya ditahan di bawah akta ISA pada tahun 1987 juga saya tidak marah. Jaga mulut sikit, jika tak tahu apa-apa tak perlu lah bercakap,” kata Ibrahim.

Tak marah? sebab takut kena jual!! Siapa Razali Ibrahim untuk berbincang dengan saya? tulis FMT.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive