Monday 1 July 2013

Mat Yo Sumbat!!! Pingat Dibuang Kedalam Tong Sampah...


Penyerang JDT, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo di antara yang paling kecewa kerana hanya bergelar naib juara Piala FA sabtu lalu. Mana taknya, kalau JDT menang, Audi Q7 mungkin menjadi miliknya.


Pemain terbaik negara antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Bukit Jalil.

Kemuncaknya anginnya apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan seperti dilaporkan Berita Harian. Dia juga enggan ditemuramah.

Dia berhak marah dan kecewa kerana Mat Yo sendiri tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan. Paling mengecewakan Mat Yo apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.

Lain kalilah Mat Yoyo!!! Tahun ni Piala FA TRW punya...demo kena reti!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive