Friday 19 July 2013

#PRKKualaBesut- Walkabout YB Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Razali Ibrahim Di PDM Kuala Besut

Bagi mempastikan kemenangan berpihak kepada calon BN di PRK DUN N01 Kuala Besut  beberapa program telah diadakan oleh menteri dan juga timbalan menteri kabinet. Hari ini program lawatan runah kerumah telah di mulakan seawal jam 10 pagi di beberaoa buah kampung di dalam PDM jagaan Umno Johor.

Antaranya ialah Kg Nail, Kg Alor Pisang dan juga Seberang Tasik, dijadikan sasaran oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Razali Ibrahim. Beliau bersama sama konvoi yang melibatkan hampir 100 buah motosikal datang ke kampung tersebut untuk mengadakan lawatan ke rumah rumah warga emas dan uzur di sekitar kampung.

Rata rata penduduk yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada beliau yang telah sanggup untuk turun bertemu dengan penduduk dalam usaha membantu calon PRK Kuala Besut, Tengku Zaihan yang mana mereka juga berkata bahawa Tengku Zaihan memang dikenali oleh penduduk setempat apatah lagi beliau merupakan anak tempatan.

Selain dari memiliki latar belakang pelajaran yang baik, Tengku Zaihan juga dikatakan peramah oleh penduduk setempat dan pemilihan yang dilakukan oleh Barisan Nasional dengan meletakkan Tengku Zaihan adalah yang paling tepat.

Mereka juga mengatakan bahawa mereka amat berbangga kerana anak jati Kampung Nail telah terpilih untuk menjadi calon wakil rakyat dan mereka berjanji akan memberikan undi mereka kepada Tengku Zaihan memandangkan mereka juga telah banyak menerima manafaat daripada kerajaan Barisan Nasional.

Program walkabout yang bermula jam 10 pagi dan berhenti waktu solat Jumaat dan bersambung semula jam 3.30 petang. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh YB Timbalan Menteri menyebabkan penghuni terharu dengan kunjungan  beliau.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive