Wednesday 28 August 2013

Isu Kalimah Allah!!! Pas Akur Jika Digunakan Oleh Bukan Islam???

Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub ketika berucap di Majlis Makan Malam dan Syarahan Datuk Fadzil Nor beberapa hari lepas dan telah mendakwa PAS bahawasanya sentiasa bertolenrasi dan mengambil pendekatan berhemah dalam menyelesaikan sesuatu isu berbangkit termasuk isu berkenaan Kalimah Allah.

Sehubungan dengan itu,Pendekar merasa janggal melihat perangai Naib Presiden PAS ini bila beliau seakan akan mendabik dada kononnya isu sensitif itu telah pun selesai selepas pucuk pimpinan parti itu mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut sedangkan tuntutan agama lain ini masih tidak bernoktah kerana masih lagi berjalan dan akan ditentukan pada masa akan datang.

“Isu kalimah Allah umpamanya.Bila pimpinan ulama kita keluarkan kenyataan yang tegas,kita selesaikan isu itu,” demikian katanya yang dipercayai merujuk pada keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini yang menolak kesepakatan PR untuk membenarkan kalimah Allah diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu.


Ini dah macam kes tak sedar diri rasanya,masih terperuk dalam dunia halusinasi sendiri hingga lupa kebenaran realiti.Hakikatnya isu kesucian kalimah Allah S.W.T masih berliku ranjau penyelesaiannya malah kenyataan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 itu tidak pun mengubah pendirian PR yang telah bersepakat untuk membenarkan kalimah Allah S.W.T dinodai kesuciannya.

Pokok pangkal isu ini ialah gereja Kristian yang didukung oleh DAP telah menuntut supaya kalimah Allah S.W.T diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu bagi menggantikan kata nama “God”.Dan PR bersetuju selaras dengan kesepakatan PR yang turut disertai oleh PAS.Bila sedemikian persetujuannya ia bermakna secara sedar atau tidak,pimpinan PR seperti mengiktiraf bahawa konsep ketuhanan Islam dan keesaan Allah S.W.T seolah-olah sama seperti konsep ketuhanan triniti dalam agama Kristian.

Hairan bila melihat dikalangan pimpinan PAS terutama sekali membabitkan golongan liberal yang berkiblatkan idelogi Anwarinas dalam AJK PAS Pusat pun masih ramai yang mengiakan tuntutan Kristian.


Sebagai tambahan Kebisuan pimpinan Pas berhubung dengan isu kalimah Allah memang sudah diduga dan bukan satu perkara yang pelik kata seorang pembaca laman AIDC tidak mahu namanya disiarkan.Menurutnya,Pas sebagai parti kompenan Pakatan Rakyat masih terikat dengan Tahaluf Siasi (perjanjian) 8 Januari 2013.

Pada 8 Januari 2013,ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum PKR, Lim Kit Siang,Penasihat dan DAP dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas mengadakan sidang media khas untuk menentukan sikap mereka terhadap isu berkaitan dengan kalimah Allah.Abdul Hadi yang ditugaskan membaca keputusan itu menegaskan partinya masih berpegang dengan keputusan 4 Januari 2010 iaitu bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian.


“Walaupun Majlis Syura Ulama membuat keputusan berbeza dengan pendirian Presiden Pas pada 13 Januari 2013,namun keputusan itu hanya terpakai di kalangan ahli parti sahaja dan tidak terpakai terhadap Pakatan. Manakala keputusan rasmi parti Pas adalah keputusan yang dibacakan Abdul Hadi pada 8 Januari yang tidak pernah ditarik balik hingga ke hari ini.

Maknanya Pas bersetuju kalimah Allah digunakan oleh Kristian dan tunduk dengan suara Kristian dari PKR dan DAP,” rumus pembaca.Pakatan membuat keputusan rasmi 8 Januari disebabkan desakan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang mahu Kerajaan Persekutuan membenarkan perkataan Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu. Guan Eng membuat tuntan itu pada 24 Disember 2012 bersempena dengan perutusan menyambut Krismas.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive