Wednesday 25 September 2013

Pak Guard Akui Jadi Mangsa Makian Dan Tendangan Bini Mat Yo??? #TF4MT @tunfaisal

Pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Subang Skypark, Azman Mohd Nayan, 49, yang menjadi mangsa maki hamun seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan mengakui kejadian yang berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.

Kata Azman, tindakan beliau menegur pasangan suami isteri terbabit agar meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang sepatutnya punca tercetusnya pergaduhan, hingga menyebabkan pelbagai kata biadap dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo.

Jelas Azman, Mat Yo pada mulanya dilihat sedang berborak dengan pasangannya hampir 10 minit.

Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.

“Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka perlu ‘park’ kereta di tempat sepatutnya.

“Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya ‘tak guna’ sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.

“Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa,” jelasnya di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Azman bagi meredakan insiden tersebut beliau cuba berbuat baik dengan Mat Yo dengan menghulurkan tangan untuk bersalaman namun disambut dingin oleh pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu.

“Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.

“Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya. Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah gambar tu (kamera).

“Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak saya,” katanya.

Mengakui tidak begitu mengenali Mat Yo kerana kurang mengikuti perkembangan sukan bola sepak, Azman menjelaskan bahawa beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden terbabit.

Mat Yo dan pasangannya juga turut berbuat demikian.

Tambah Azman lagi, isteri Mat Yo Siti Aisya Adam juga mendakwa dirinya seorang kerabat diraja sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya tertera lambang berkenaan.

“Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report, sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.

“Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah kangkang). Suami dia tolak saya,” jelasnya lagi.

Siti Aisya Adam juga dilaporkan telah menyerahkan kes terbabit kepada polis dan enggan mengulas lanjut berkenaan insiden itu.

Video bertarikh 12 September yang dipercayai dimuatnaik oleh Aisya sendiri mula menjadi viral di laman sosial Facebook dan turut mengundang kritikan pelayar internet.

Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube.

Masing-masing mengutuk Aisya kerana bersikap kurang ajar dengan seorang pengawal keselamatan.  - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive