Friday 27 September 2013

#PemilihanUMNO - Ahmad Mukhriz Calon Paling Layak Untuk Exco Pemuda #Mukhriz4Exco



Kepimpinan UMNO perlu diimbangi dengan kehadiran pemimpin yang mampu berkhidmat sepenuh masa bagi memastikan keberkesanan parti itu.

Pemimpin-pemimpin yang sudah mempunyai jawatan dalam kerajaan seperti Menteri Besar dan menteri sudah tentu mempunyai kekangan masa untuk melaksanakan tugas-tugas parti kerana pada masa yang sama mereka mempunyai tugas sebagai anggota kerajaan.


Anggota Jawatankuasa Unit Pidato Pemuda Umno Pusat Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad telah bersedia bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat pada pemilihan parti Oktober ini.

Ahmad Mukhriz, 34, yang juga bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Pekan berkata beliau menawarkan diri bertanding bagi membolehkannya bergerak lebih aktif dalam pergerakan Pemuda Umno bagi membela bangsa Melayu dan agama Islam.

"Saya juga akan berusaha membawa suara orang muda ke atas agar pemimpin kita dapat dengar luahan hati mereka, sekali gus mengambil tindakan yang sewajarnya," kata anak kelahiran Pekan itu. 

Kata beliau lagi kombinasi kepimpinan lama dan baru penting bagi kesinambungan perjuangan dalam UMNO.

Beliau yang sudah lapan tahun bergelar anggota Umno berharap penglibatannya di peringkat pusat nanti sedikit sebanyak dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan tugasnya sebagai Anggota Parlimen Pekan. 


Apa-apa pun PT ucapkan selamat berjaya dan mudah-mudahan Dato' Ahmad Mukhriz Fuad diberi peluang untuk menggalas tugas dan mengisi kekosongan kerusi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Sesi Pemilihan UMNO kali ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive