Tuesday 1 October 2013

Akhirnya Pemilihan CEC Berubah!!! Calon Ubah Suai Menang Lagi

Seperti dijangka, keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, berakhir dengan muka-muka sama yang menang dalam pemilihan Disember tahun lepas, menang juga kali ini – termasuklah calon ubah suai, Zairil Khir Johari yang akhirnya menang secara merit.

Tapi itu bukan isunya hari ini sebab yang lebih penting sekarang ialah kenapa muka-muka sama masih membarisi kepimpinan tertinggi DAP sejak sekian lama? Muka baru kalau ada pun, sekadar bersilih ganti mengisi tempat dalam CEC, tapi fungsi dan peranan utama parti, masih dikuasai oleh orang-orang itu juga. Contoh macam Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Teressa Kok, Anthony Loke, Jagdeep, Teng Chang Kim, Nga Kor Ming, Ngeh Koh Ham dan lain-lain.

Kecuali Anthony Loke, kebanyakkan nama yang disebut adalah nama tradisi dalam CEC sejak pertengahan 90-an dulu. Macam dah sudah tidak ada orang lain ke, balik-balik muka itu jugak?

Ini cakap pasal UBAH bukan main lagi. Semua benda kalau boleh DAP nak kerajaan ubah, tapi dalam parti dia sendiri, apa pun tak berubah.

Soal Kit Siang dulu Setiausaha Agung, sekarang penasihat atau Karpal dulu Timbalan Pengerusi, sekarang Pengerusi bukan isu kerana jawatan itu ditentukan sesama sendiri oleh anggota CEC. Isunya, peranan sebagai pembuat keputusan dalam DAP, masih ditentukan oleh orang-orang yang hampir sama ini juga, cuma jawatan sajalah yang berubah-ubah ikut zaman dan keadaan.

Yang penting pada kita sekarang ialah peranan tu, bukan nama jawatan tersebut.

Soalan ini patut Naib Presiden PKR (dilantik), N Surendran tanyakan kepada kepimpinan DAP kerana beberapa hari sebelum ini, dia mempertikaikan kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO buat kali kedua berturut-turut sejak 2009. Menurut Surendran pada ketika itu, kemenangan tersebut membuktikan UMNO ketandusan pemimpin yang boleh diketengahkan untuk memimpin parti tersebut menghadapi cabaran akan datang.

Apa pun, dengan keputusan semalam, DAP jelas sudah berkarat dan tidak lagi relevan dengan zaman. Selain terus tidak mendapat sokongan orang Melayu, parti itu juga ketandusan pemimpin dari kaum yang menjadi majoriti di negara ini. Bukan Melayu saja, Iban, Kadazan, Orang Asli dan pelbagai etnik utama lain di negara ini pun tidak mendapat tempat dalam DAP.

Layakkah DAP dipanggil sebagai parti berbilang kaum lagi? Fikir sendiri sajalah.


Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive