Sunday 8 December 2013

Jasa Rosmah Amat Besar Kepada Rakyat Malaysia - PM Najib

Inilah dua jasa besar Rosmah yang menjadi rahsia dan igauan Najib selama ini. Jasa pertama Rosmah baik dengan isteri diktator Hosni Mubarak dan dapat membantu membebaskan pelajar Malaysia ketika Ops Piramid yang lalu.

“Beliau (Rosmah) telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung.

“Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan,” katanya.

Jasa kedua Rosmah juga baik dengan keluarga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan “jaringan” dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.

“Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita. “Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia,” terang Najib lagi tentang rahsianya.

Dua jasa Rosmah yang membolehkan Rosmah Mansor menaiki jet eksekutif kerajaan secara percuma. Rahsia jasa Rosmah ini juga memberi gambaran Rosmah juga menelefon sesiapa sahaja terutama di Malaysia tentang sesuatu perkara atau ‘hajat’ yang diinginkan.

Rahsia Rosmah juga boleh mempengaruhi dalam pentadbiran Najib.

3 comments:

  1. Orang orang UMNO dan mungkin Rayaat Malaysia kena berterima kasih kepada rosmah keraja jasa dan bakti yang dibuat terhadap negara dan rayaat selama ini yang tidak didendang oleh midia masa dan cakap cakap celah dinding .Tahniah pada Najib kerana membuka telinga orang ramai dan perwakilan yang selama ini pekak dan buta akan jasa Rosmah . Cuma lepas ni aku dankumpulan aku nak mintak luluskan pengunaan Jet negara untuk kami gunakan sebab kami pun banyak jasa juga .

    ReplyDelete
  2. Aku datang jengok untuk nak gelak saja...hahahahahahahaahahahahahaha...lawak la lu Najib.

    ReplyDelete
  3. Hahahajs...losmah losmah...gong la demo pokjib..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive