Saturday 7 December 2013

Pencuri Tabung Masjid Dipukul Jemaah Sampai Mati - Puteri

Puteri UMNO Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul kerana disyaki mahu mencuri tabung masjid ..

Seorang perwakilan Puteri Umno kecewa dengan laporan mengenai seorang belia yang dibelasah sehingga mati di sebuah masjid di ibunegara tiga hari lalu kerana disyaki mahu mencuri tabung masjid, kerana ia memberi persepsi buruk terhadap Islam.

Sambil mengecam perbuatan tersebut, wakil dari Perak itu, Farina Mohd Bali berkata tindakan itu tidak berperikemanusiaan dan bukanlah didikan agama Islam. Sekaligus, katanya, ia menjadi satu isu yang memenuhi dada akhbar dan laman sosial facebook serta telah memberi persepsi buruk terhadap Islam.

“Hari ni di dada-dada akhbar kita baca seorang pemuda dipukul sampai mati kerana cuba mencuri derma masjid. belum lagi mencuri, belum ambil sesen pun.

“Dia hanya mangsa kehilangan ibu dan tiada keluarga lain, inikah yang Islam sarankan? ada kita cek adik ni terdesak sehingga begitu sekali? tertekan hidup bandar,” katanya.

Berucap dalam perbahasan di perhimpunan agung Umno semalam, Farina memaklumkan juga kata-kata terakhir dalam whatsapp peribadi belia berusia 20 tahun itu.

"Bagi aku hidup dah tak benar, nyawa pun tak ada harga," petikan Whatsapp belia tersebut. Sementara itu, dalam laporan Mymetro remaja lelaki terbabit maut didakwa akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di masjid tersebut.

Menurut laman itu juga, dalam kejadian berlaku jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, tetapi gagal.

Laporan itu mendakwa, hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa dikatakan mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dikatakan dipukul sehingga setengah mati.

Berdasarkan laporan polis yang dipaparkan dalam laman tersebut, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian.

Laporan tersebut turut mengatakan, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.

"Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul,” petikan laporan laman itu. - Sumber

2 comments:

  1. Biar lah yang maha pencipta allah swt memberi hukuman pd dia.kita cuma perlu tangkap dan serahkan pd polis.apa kata ianya adalah anak anda ataupun adik beradik anda?tentulah marah dan sedih walaupun mencuri itu salah.sedih apa yg terjadi pd anak yatim yg merindui kasih syg ibunya yg baru meninggal.

    ReplyDelete
  2. Apakah ini ajaran Islam??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive