Wednesday 22 January 2014

Oh Malaysiaku!!! PERKASA Sedih Orang Melayu Terbit Filem Banyak Adengan 'Lucah'????

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) melahirkan rasa kesal kerana banyak adegan "lucah" dipaparkan dalam filem The Wolf of Wall Street yang dilapor diterbitkan syarikat yang diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz. 


Setiausaha Agungnya Syed Hasan Syed Ali berkata kejayaan di peringkat global tidak bermaksud perlu menurut rencah negara Barat. "Jika benarlah filem ini diterbitkan orang orang Melayu, PERKASA rasa sangat sedih. Di sini bila Melayu bermakna ia Islam. 

PERKASA hairan mengapa orang Islam tergamak buat filem yang banyak adengan-adegan lucah dalamnya. 

"Jangan ajak kami umat Islam negara ini terima segala apa sahaja yang global. Kita disaran supaya maju dalam negara dan menerokai hingga peringkat antarabangsa dengan jayanya," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan mengharamkan tayangan filem itu baru-baru ini. Portal hiburan The Hollywood Reporter (THR) kelmarin melaporkan, The Wolf of Wall Street kelmarin dilaporkan diharamkan di Malaysia ekoran kandungan dan bahasa yang eksplisit. 

Riza dikatakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama bekas suami pertamanya yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York. Akhbar Daily Mail melaporkan negara UAE telah memotong satu pertiga filem tersebut lantaran aksi lucah serta dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Pengkritik filem turut menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra ‘dadah, seks dan wang' itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan lucah dan kurang sopan. Justeru Syed Hasan berkata, PERKASA menyokong pengharaman filem kerana ia pastinya dilakukan dengan teliti oleh pihak berwajib negara. 

"Negara ini bukan negara yang mudah mahu mengharamkan sesuatu perkara terutama filem luar tetapi semua filem luar perlu faham tapisan sesebuah filem perlu dilakukan sebelum dibenarkan ditayangkan. "Difahamkan filem tersebut terlalu banyak adegan-adegan lucah dan ia tidak sesuai sekali ditayangkan di panggung di negara ini," kata beliau. - sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive