Sunday 9 February 2014

Gaduh - Polis Nafi Penyokong Pahang Maut???

Polis Pahang hari ini menyangkal dakwaan yang disiarkan dalam beberapa laman sosial kononnya seorang penyokong bola sepak Pahang maut dalam pergaduhan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

"Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan khabar angin sedemikian lebih-lebih lagi apabila disiarkan di laman sosial.

"Provokasi seperti ini tidak harus terjadi dan ia wajar dihentikan kerana boleh menjurus kepada pergaduhan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, polis hanya menerima empat laporan berkaitan pergaduhan yang berlaku di Kuantan serta Pekan dan siasatan terperinci masih dijalankan bagi mencari punca kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman turut menafikan perkara yang sama dan meminta pihak terbabit berhenti menyebarkan perkara itu di laman sosial.

"Tohmahan dan dakwaan itu tidak benar malah ada beberapa gambar yang dimuat turun di laman sosial itu juga adalah palsu. Perkara ini harus dihentikan segera kerana ia bakal mengundang kemarahan masyarakat khususnya peminat bola sepak negara kita selain boleh menyebabkan pergaduhan berpanjangan," katanya.

Jumaat lepas berlaku provokasi antara penyokong dua pasukan itu selepas tamat perlawanan Liga Super mengakibatkan berlaku pergaduhan di luar Stadium Darul Makmur dan hadapan IPD Pekan sehingga mencederakan beberapa orang penyokong dan orang awam.

Polis bagaimanapun berjaya meleraikan pergaduhan dan mengawal situasi berkenaan sebelum semua penyokong JDT kembali menaiki bas diiring pulang ke Johor. -

PT
Penyokong JDT seakan sudah merancang untuk melakukan pergaduhan dengan memakai penutup muka. Apakah para penyokong JDT terlalu kebal untuk diambil tindakan oleh FAM????

1 comment:

  1. Kah kah kah..berharap betul Pantai Timur biar ada orang mati....kah kah kah..dah takde cerita politik ke nk cerita bola pulak....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive