Wednesday 5 February 2014

Kes SB Ditembak - Rakan Setugas Ditahan

Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes anggota cawangan khas yang maut ditembak di Bukit Persekutuan semalam.

Anggota berkenaan yang juga merupakan rakan setugas mangsa ditahan pada jam 7 malam semalam di Balai Polis Cawangan Travers.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, rakan setugas mangsa itu akan direman hari ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

“Positif atau negatif dia (rakan) terlibat akan diberitahu kemudian, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti. Suspek kini akan direman selama tujuh hari bermula hari ini,

“Pistol dan beberapa dokumen lain milik anggota berkenaan turut dirampas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan papan kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati hari ini.

Dalam kejadian semalam, anggota Cawangan Khas terbabit ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.

Difahamkan, kejadian itu disedari oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan yang kemudian melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut kira-kira jam 4.30 petang. – MyNewsHub

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive