Tuesday 1 April 2014

Tragedi MH370!! Hakim Amerika Tolak Permohonan Firma Guaman Mahu Bukti MH370

Hakim Illinois semalam menolak permohonan firma guaman Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan bukti reka bentuk dan kecacatan pembuatan berkemungkinan daripada Boeing Co dan Malaysia Airlines (MAS) berkaitan kehilangan penerbangan MH370 tiga minggu lalu, lapor Reuters.

Hakim Kathy Flanagan juga mengancam mengenakan sekatan terhadap Ribbeck Law Chartered, memetik contoh sebelumnya di mana firma guaman berpusat di Chicago “tidak wajar memfailkan” petisyen, seperti nahas kapal terbang Asiana Airlines di San Francisco tahun lepas.

“Di sebalik arahan ini, firma guaman sama sekali lagi memfailkan petisyen walaupun mengetahui mereka tidak mempunyai asas untuk melakukannya,” kata Flanagan dipetik laporan agensi berita antarabangsa itu.

“Jika firma guaman ini memilih untuk meneruskannya, mahkamah akan mengenakan sekatan kepada permohonan mereka.”

Ribbeck Law minggu lalu memfailkan tindakan undang-undang pertama di Mahkamah Illinois berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum hilang pada 8 Mac lalu. TMI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive