Thursday 21 August 2014

PKR Rela Bagi Laluan Kepada PAS Jika Wan Azizah Ditolak Sultan???

PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana.

Selain nampak terdesak.. kenyataannya itu jelas menunjukkan bahawa beliau tidak memberikan pilihan langsung malah lebih bersifat memaksa Sultan Selangor supaya menerima Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Seolah-olah beliau menganggap Sultan itu adalah seorang ahli PKR yang boleh diarahkannya supaya mengikut kehendak parti sedangkan untuk memilih dan melantik itu adalah hak Sultan.

Malah sanggup berhadapan dengan pilihanraya meskipun ramai yang sudah sedia maklum jika diadakan pilihan raya negeri risiko PR Selangor untuk kehilangan majoriti lebih dari 2/3 adalah tinggi.

Rasanya adalah lebih baik jawatan Menteri Besar itu diserahkan kepada PAS jika PKR benar-benar tiada nama lain untuk dikemukakan kepada Sultan... Ini lebih baik dari dibazirkan beratus juta RM untuk diadakan Pilihanraya Negeri yang akibatnya akan menyebabkan beberapa ADUN yang ada kehilangan jawatan.

Laporan berkaitan...

PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana.

"Kita tidak bincang langsung mengenai perkara itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai langkah seterusnya jika Sultan menolak presiden PKR tersebut.

Saifuddin berkata mereka menanti maklum balas daripada pihak istana selepas nama Dr Wan Azizah dihantar sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim. "Kita cuma tunggu sahaja maklum balas daripada Tuanku," katanya.

Mengenai kemungkinan Dr Wan Azizah ditolak, Saifuddin berkata langkah susulan belum diputuskan kepimpinan ketika ini. "Ia masih belum berlaku dan belum bincang," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata mereka akan melalui proses mengikut perlembagaan dan undang-undang dalam usaha menggantikan Khalid.

"Kita akan guna proses perlembagaan dan undang-undang. Prosesnya adalah dengan menghantar nama terlebih dahulu dan dalam isu ini, majoriti sokongan kepada Dr Wan Azizah adalah jelas," kata Rafizi, Rafizi juga tidak memberitahu mengenai langkah seterusnya jika Sultan Selangor menolak Dr Wan Azizah, sambil berkata tidak mahu membuat "spekulasi".
"Tidak apa, kita guna dahulu proses Perlembagaan. Buat ketika ini, kita tidak mahu berspekulasi," katanya. Awal hari ini, The Malaysian Insider memetik pakar perundangan sebagai tidak menolak Sultan Selangor masih boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan semula.

Peguam Abdul Shukor Ahmad berkata merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan pada 2010 melibatkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Zambry Abdul Kader, sultan mempunyai pilihan mengarahkan peletakan jawatan MB kerana hilang sokongan majoriti ahli DUN.

Shukor berkata Sultan juga boleh memanggil sidang tergempar dan mengarahkan MB menguji sokongan di DUN.

"Sekiranya menteri besar hilang sokongan undi, beliau perlu meletakkan jawatan. Sultan juga boleh membubarkan DUN sekiranya Tuanku menerima saranan menteri besar," katanya kepada The Malaysian Insider.

PT
Nampak sangat PKR lapar kepada jawatan. .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive