Wednesday 24 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Insya Allah!!! Kerusi DUN N01 Kekal Milik BN Esok

Di sebalik pergolakan politik di Selangor yang menjadi tumpuan banyak pihak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor esok tidak kurang menariknya, sama ada ia memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Pas atau Bebas.

Pertembungan tiga penjuru itu pastinya menarik tumpuan pemerhati politik tanah air yang ingin tahu apakah BN mampu mengekalkan kerusi berkenaan. Ataukah Pas yang bergeseran di Selangor bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masih mendapat sokongan rakyat di Dun itu?

Ramai melihat pilihan raya kecil ini lebih kepada pertembungan antara BN dan Pas sahaja yang mana kedua-dua parti itu sedaya-upaya cuba meraih sokongan rakyat, sekali gus menguji tahap sokongan kepada parti di kerusi Dun Pengkalan Kubor.

BN perlu mengekalkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas bagi memastikan suara BN sebagai pembangkang di Kelantan tidak berkurangan pada sidang Dun. Bagi Pas, pilihan raya kecil ini dilihat sebagai platform 'menebus maruah' yang tercalar ekoran perbalahan parti pakatan berikutan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.

Pada masa ini, komposisi Dun Kelantan yang berjumlah 45 kerusi menyaksikan 32 daripadanya milik Pas, satu PKR dan 11 BN. Kedudukan satu lagi kerusi iaitu Dun Pengkalan Kubor akan ditentukan esok.

Insya Allah BN akan mengekalkan kerusi Dun Pengkalan Kubor untuk kali kedua.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive